New Definitions
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
| jika/kalau | إِنْ / لَوْ English: Penggunaan إِنْ dan لَوْ & Sedikit Celoteh Pasal Cara Mengajar | 21/02/2018 (20/02/2016) ====================================================== Secara umumnya, iaitu penggunaan bahasa Arab pada laras bahasa biasa yang bersifat kebanyakan, kita boleh simpulkan begini: Kedua-duanya membawa maksud ‘jika / kalau’. Bezanya ialah إِنْ kerap digunakan untuk perkara yang akan datang, manakala لَوْ pula untuk perkara lepas. Misalnya : “Jika (kalau) suatu hari mereka memberitahu yang ayah kamu penakut, jangan percayakan mereka”. إِنْ أَخْبَرُوكَ يَوْمًا أَنَّ أَبَاكَ جَبَانٌ فَلَا تُصَدِّقْهُمْ Ayat ini menunjukkan perkara yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Oleh itu partikel yang digunakan ialah إِنْ, bukan لَوْ. Seterusnya ialah لَوْ. Misalnya : “Kalau (jika) awal-awal lagi kamu beritahu saya, sudah pasti saya tidak akan calonkannya untuk jawatan ini. لَوْ أَخْبَرْتَنِي مُنْذُ البِدَايَةِ لَمَا رَشَّحْتُهُ لِهَذَا المَنْصِبِ Nota : Apa yang dijelaskan di atas, iaitu إِنْ untuk masa hadapan dan لَوْ untuk masa lepas hanyalah dilihat dari sudut kekerapan dalam penggunaan bahasa Arab. ================= SEDIKIT CELOTEH PASAL CARA MENGAJAR :-) Sebagai penuntut bahasa Arab yang bukan penutur jati, kita perlu terapkan perkara-perkara asas yang bersifat rutin terlebih dahulu dan menggunakannya sebelum pergi kepada gaya atau lenggok bahasa yang terkeluar daripada ‘kekerapan’ ini. Selepas mengetahui dan membiasakan diri dengan perkara asas yang kerap digunakan ini, barulah kita cuba melihat contoh-contoh seperti إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ – Surah Yusuf dll. Dalam ayat tersebut konteks menunjukkan perkara lepas, tapi partikel yang digunakan ialah إِنْ. Perkara ini boleh dijelaskan, tetapi ia agak panjang selain saya tidak ingin ‘serabutkan ’ sahabat-sahabat ketika menerangkan sesuatu. Perkara ini penting ketika menerangkan sesuatu. Buat seketika kita pejamkan mata sahaja berhubung perkara-perkara pinggiran yang jarang berlaku atau kerap juga tapi tak sekerap apa yang hendak disampaikan. Jika kita melayan perkara-perkara yang digelar sebagai mustasnayat ini, kita hanya akan kusutkan maklumat yang hendak disampaikan sahaja. Mungkin kita nampak hebat. Tapi apa guna jika orang lain pening kepala dan tidak boleh manfaatkannya. Takut dia dapat maklumat salah ? Tidak. Berikan panduan asas yang bersifat kebanyakan. Soal picisan lama-kelamaan dia akan tahu sendiri atau terdengar daripada orang lain atau dari kita sendiri pada masa lain. Biar dia kata kita tidak tahu, tapi yang pastinya kita sudah memberitahunya tentang perkara (A) yang tanpanya ia tidak akan tahu perkara (B). Kredit: Ustaz Ashafizrol |
|
|
.. Buku-buku Ustaz Ashafizrol ![]() |
||
Back
