kamus abqarie


Kamus Arab ::Kamus Melayu-Arab-English::

Kamus Melayu-Arab Online



Search

New Definitions
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
isim tafdhil اِسْمُ التَّفْضِيْلِ
[kata nama (isim)]



Seputar tentang isim tafdhil | Pola ayat dan pengaruhnya terhadap perubahan bentuk isim tafdhil | 10/03/2017

============================

Isim tafdhil digunakan untuk membuat dua jenis perbandingan, iaitu perbandingan lebih dan perbandingan tahap penghabisan. Perbandingan lebih seperti 'Ahmad lebih baik dari Umar'. Manakala perbandingan tahap penghabisan pula seperti 'Umar ialah yang paling baik'.

1. Untuk pertama, iaitu perbandingan lebih kita akan gunakan isim tafdhil أفضل dan disusuli partikel  من. Ketika ini isim tafdhil tidak perlu diletakkan أل dan juga bentuknya sentiasa mufrad muzakkar. Contohnya :
عُمَر أَفْضَلُ مِنْ عمر / فَاطِمَةُ أَفْضَلُ مِنْ زَيْنَب / عُمَرُ وَأَحْمَدُ أَفْضَل مِنْهُمَا / فَاطِمَةُ وَزَيْنَب أَفْضَلُ مِنْ زَمِيْلاَتِهِمَا الأُخْرَيَاتِ

2. Untuk kedua pula, iaitu perbandingan tahap penghabisan, kita ada tiga pilihan, iaitu :

(a)  Letak alif lam pada isim tafdhil dan bandingannya tidak dinyatakan. Contohnya أحْمَد هُوَ الأَفْضَلُ.

(b) Gugurkan alif lam dari isim tafdhil dan bandingannya dinyatakan dalam bentuk makrifah mudhaf ilaih. Contohnya أَحْمَد أَفْضَلُ الرِّجَالِ.

(c) Gugurkan alif lam dari isim tafdil dan bandingannya dinyatakan dalam bentuk isim nakirah mudhaf ilaih. Contohnya أَحْمَد أَفْضَلُ طَالِبٍ.

: : : Huraian : : :

(a) Isim tafdhil mempunyai alif lam. Ketika ini isim tafdhil mesti disamakan dengan kalimah sebelumnya dari sudut jumlah dan jantina. Misalnya :
أَحْمَد هُوَ الأَفْضَلُ / فَاطِمَةُ هِيَ الفُضْلَى / أَحْمَدُ وَأَخُوْهُ هُمَا الأَفْضَلاَنِ / فَاطِمَةُ وَأُخْتُهَا هُمَا الفُضْلَيَانِ / إِخْوَةُ أَحْمَد هُم الأَفَاضِلُ / أَخَوَاتُ فَاطِمَة هُنَّ الفُضْلَيَاتِ

(b) Isim tafdhil tidak mempunyai alif lam tapi menjadi mudhaf kepada sesuatu isim makrifah. Contohnya أَحْمَدُ أَفْضَلُ الرِّجَالِ. Ketika ini kita ada dua pilihan.

Pertama : Kekalkan isim tafdhil dalam bentuk mufrad muzakkar tanpa pedulikan status mudhaf ilaihnya. Kedua : Serasikan.

Lihat contoh-contoh berikut :

أَحْمَدُ أَفْضَلُ رَجُلٍ / فَاطِمَةُ أَفْضَلُ اِمْرَأَةٍ

Ketika ini isim tafdhil mesti dikekalkan dalam bentuk mufrad muzakkar.

P/s : Perbezaan maksud akan dijelaskan menerusi post yang lain. Keterangan lanjut sila lihat buku tulisa n saya "Kata & Frasa Bahasa Arab : Ilmu sorof Moden".




اسم التفضيل
ustaz Ashafizrol




..
 




Back







|VERBDICT - Kamus Kata Kerja Melayu-Arab|
| Home | موارد اللغة العربية | How to activate Arabic language on Windows | How to activate Arabic numerals | How to change typing direction | Al-Quran Al-Kareem |
Malay-Arabic-English Dictionary First developed on 29 December 2010. Comments and suggestions are welcome. Please send them to mazuki2873[at]yahoo.com.
Kamus Melayu-Arab, Kamus Abqarie - Copyright 2010-2026, Mazuki Izani El-Basutiyy