New Definitions
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
| Fungsi Partikel فَ | 22/04/16 | Fungsi Partikel فَ | 22/04/16 Antara sekian banyak fungsi partikel فَ ialah ia digunakan sebagai pembuka ayat kedua di dalam sebuah ayat gabungan di mana ayat pertamanya mengandungi arahan atau larangan. Tujuan partikel فَ diletakkan di pangkal ayat kedua adalah menyatakan bahawa ayat kedua tersebut merupakan ‘keterangan sebab / alasan’ mengapa arahan atau tegahan di dalam ayat pertama dibuat. Contohnya: a. Jangan bergaul dengannya, dia seorang pencuri. لَا تُصَاحِبْهُ فِإِنَّهُ لِصٌّ Cuba perhatikan, ayat pertama mengandungi tegahan atau larangan. Manakala ayat kedua pula bertindak memberi alasan mengapa larangan itu dibuat. Oleh yang demikian, ayat kedua mesti dimulakan dengan partikel فَ . Berhubung dengan partikel إِنَّ pula, ia bertepatan dengan lumrah seseorang apabila ingin memberi alasan ia akan menyuntik sebarang unsur penegasan. Unsur penegasan ini boleh dilakukan dengan cara meninggikan suara atau menggunakan partikel tertentu yang mendukung fungsi penegasan. Perlu diingatkan, dalam terjemahan partikel penegasan ini tidak semestinya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. b. Pergi cepat kepadanya, dia mahu berjumpa dengan kamu. اذْهَبْ إِلَيْهِ فَوْرًا فَإِنَّهُ يُرِيدُ لِقَائَكَ Mengapa arahan itu dibuat? Kerana ‘dia’ ingin berjumpa kamu. P/s : Apa yang diterangkan di sini adalah sebahagian daripada bentuk ayat majmuk gabungan yang fakta di dalam ayat keduanya merupakan keterangan sebab atau alasan untuk fakta di dalam ayat pertama. Kredit: Ustaz Ashafizrol Abdul Hamid |
|
|
.. |
||
Back