|

َلْحَمدُ لله الذي قَرَّبَ مَنِ اخَتَارَهُ إلَى حَضْرَةِ مُنَاجَاتِهِ ،
وَاصْطَفَى مِنْ أَحْبَابِهِ مَنْ خَصَّهُ بِالإسْرَاءِ وَرَقَّاهُ إلى
سَبْعِ سَموَاتِهِ , فَخَاطَبَهُ بِلَذِيذِ أُنْسِهِ . أَحمَدُهُ أنْ مَدَّ
حَبِيبَهُ بِامْدَادَاتِهِ , وأرسَلَ إلَيهِ الرُّوْحَ الأمِيْنَ
لِيُرِيَهُ مِن آياتِهِ .
أَستَغفِرُهُ
وأشهد أن لآ
اله الا
اللهُ
وحدَهُ لا
شَرِيْكَ
لَهُ في
ذَاتِهِ
وَصِفَاتِهِ
, شَهادَةً
تُدْرِجُ
صَاحِبَهَا
في
حَسَنَاتِهِ
, وأشهد أن
سَيِّدَنَا
وَمَوْلاَنَا
مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ
، الَّذِيْ
تَشَرَّفَ
بِهِ أَهْلُ
سَموَاتِهِ
، وَكَشَفَ
عَنْهُ
الحِجَابَ
حِيْنَ
رَقِيَ
إِلَيهَا
بِذَاتِهِ .
اللَّهم
فصَلِّ
وسلِّم
عَلَى هذا
النبِيِّ
الكَرِيمِ
المُؤَيَّدِ
, والرَّسولِ
العظيمِ
سَيِّدِنا
ومولانا
محمدٍ وعلى
آله وأصحابه
والتابعين
لَهُم
بِاحسانٍ
إِلى يوم
لِقَائِهِ .
أمَّا
بَعدُ ،
فَيَا
أيُّها
الناسُ ,
اتَّقُوا
اللهَ حَقَّ
تُقَاتِهِ
واعلَمُوا
أنَّ لِهذا
الشَّهرِ
العَظِيْمِ
مَحَاسِنَ
لاَ تُعَدُّ
ولا تُحصَى ,
في مِثْلِهِ
أُسرِىَ
بِنَبِيِّهِ
مِنَ
المسجِدِ
الحَرَامِ
إلى المسجدِ
الأَقصى .
Kaum
muslimin yang dirahmati Allah. Terlebih dahulu saya berwasiat kepada
saudara-saudara sekalian dan kepada diri saya sendiri, marilah sama-sama
kita bertaqwa kepada Allah Taala, supaya kita dapat menjadi kekasih Allah.
Seseorang manusia itu apabila sudah dikasihi Allah pasti akan memperolehi
pertolongan Allah dan tidak sekali-kali akan terkalahkan dalam apa perkara
sekalipun. Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda :
"
إِنَّ اللهَ
تَبَارَكَ
وتَعَالى
قَالَ : مَنْ
عَادَى لِيْ
وَلِيًّا
فَقَدْ
آذَنْتُهُ
بِالحَرْبِ
"
Ertinya : "
Sesungguhnya Allah Tabaaraka wa Taala berfirman : Barangsiapa yang melawan
kekasihKu, maka Aku memberitahu padanya bahawasanya Aku memeranginya
(memusuhinya ) ".
Pada
akhir hadis itu disebutkan :
"
وَلَئِنْ
سَاَلَنِى
لأُعطِيَنَّهُ
وَلَئِنِ
اسْتَعَاذَنِى
لأُعِيْذَنَّهُ
"
Ertinya : Dan jikalau
kekasihku itu memohon sesuatu padaKu, pastilah akan Kuberi permohonannya
dan jikalau ia meminta perlindungan kepadaKu (dari apa saja yang tidak
disenangi olehnya), pastilah ia Kuberi perlindungan ".
(
Hadis
riwayat Bukhari dari Abu Hurairah )
Maka dari itu, marilah kita
semua sedaya upaya berusaha untuk menjadi kekasih Allah Taala, jangan
sekali-kali menjadi kekasih syaitan yang terkutuk.
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Kita masih lagi berada di
bulan Rajab, bulan yang penuh dengan keberkatan. Walau bagaimanapun,
menurut Al-Qardhawi, fadhilat
Rajab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain.
Tidak
terdapat Hadis Sahih bahawa Rajab khusus mengatakan Rajab lebih afdal,
melainkan Hadis Hasan, maksudnya : "Sesungguhnya Nabi saw banyak
berpuasa dalam bulan Sya'ban, tatkala ditanya kepada baginda yang
demikian, baginda bersabda : Ia adalah bulan yang selalu dilupai oleh
manusia iaitu antara Rajab dan Ramadhan." Difaham
daripada hadits ini bahawa bulan Rajab itu ada fadhilatnya. Adapun hadits
:
رَجَب
شَهْرُ
اللهِ،
وَشَعْبَان
شَهْرِيْ
وَرَمَضَان
شَهْرُ
أُمَّتِي
"Rajab
bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"
ini
adalah hadits yang sangat dhaif (kata Dr. Yusof Al-Qardhawi) bahkan
sebahagian ulama mengatakannya maudhu' iaitu hadits palsu yang
direka-rekam, hadits munkar, tidak ada nilai padanya daripada segi ilmu
dan juga agama. Akhbar Berita
Harian Jumaat lepas juga ada menceritakan mengenai hadits palsu ini di
ruangan Agama hal. 30.
Muslimin yang dirahmati
Allah,
Macam-macam peristiwa
penting Islam berlaku dalam bulan ini yang mungkin kita tidak
menyedarinya. Antara peristiwa-peristiwa ialah :
1)
1
Rajab 149H (4 April 1071M) –
Kelahiran Imam Jalaluddin As-Sayuuthi, salah seorang imam fiqh, hadits,
tafsir, bahasa Arab dan sejarah pada kurun ke-9 dan 10H. Antara karangan
masyhurnya ialah kitab al-Asybaah wan-Nadzhaa-ir (الأشباه
والنظائر
).
2)
3
Rajab 1321H (25 Sept. 1903M) –
Kelahiran Abu Al-'Alaa Al-Maududdi, pengasas Jamaah Islamiyyah Pakistan
dan antara pendakwah dan muslih besar pada kurun ke-14H.
3)
15
Rajab 286H (13 November 889M) –
Wafatnya Ibnu Qutaibah, salah seorang pakar bahasa Arab, kesusasteraan
Arab, sejarah dan hadits pada kurun ke-3H.
4)
16
Rajab 14H (5 September 635M) –
Kemenangan kaum muslimin membuka kota Damsyiq bawah pimpinan Abi 'Ubaidah
bin Al-Jarrah dan Khalid bin Al-Walid selepas kepungan ketat tentera Rom
mempertahankan bandar tersebut.
5)
19
Rajab 218H (10 Ogos 1833M)
- Wafatnya khalifah Ma'mun bin Harun Ar-Rasyid, khalifah ke-7
Daulah Abbasiyyah
6)
20
Rajab 1287 (16 Oktober 1870M) –
Lahirnya Ahmad Syauqi, ketua penyair Arab, dilahirkan di kotaraya Kaherah.
7)
24
Rajab 101H (6 Februari 720M) –
Wafatnya khalifah Umawi, 'Umar bin Abdul Aziz yang sering mendapat jolokan
khalifah ke-5 daripada khulafa' Ar-Rasyidin. Beliau adalah khalifah ke-8
Daulah Umawiyyah. Daulah ini mencapai kegemilangan pada zaman
pemerintahannya yang mana keadilan kesamaan tertegak dan rakyat hidup
dengan aman dan selesa.
8)
25
Rajab 261H (6 Mei 875M) – Wafatnya
Imam Muslim, pemilik kitab hadits Sahih Muslim
9)
27
Rajab 1342H (3 Mac 1924M) – Khilafah
Uthmaniyyah telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk yang melantik
dirinya sendiri sebagai presiden Republik Turki. Ataturk telah menghalau
khalifah Uthmaniyyah dan keluarganya ke luar negeri dan menolak permintaan
kaum muslimin supaya mengekalkan jawatan khalifah.
10)
30
Rajab 204H (20 Januari 820M) – Pada
hari ini wafatnya Imam Muhammad bin Idris bin al-Abbas atau dikenali
sebagai Imam Syafie', pengasas mazhab Syafie' . Antara buku karangan
beliau ialah Al-Ummu dan Ar-Risalah.
Dan antara peristiwa
penting lain yang sering diingati setiap tahun ialah peristiwa Isra' &
Mi'raj yang berlaku pada 27 Rajab. Dahulu ketika Nabi SAW berusia 51
tahun, iaitu setelah diangkat sebagai rasul selama 11 tahun, pada suatu
malam, iaitu malam tanggal 27 Rajab, Allah taala berkenan memanggil
baginda SAW untuk mengadap kehadratNya. Perjalanan Nabi SAW itu dimulai
dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa atau Baitul Maqdis di
Palestin. Inilah yang dinamakan Isra'. Selanjutnya dari Masjidil Aqsa
terus naik ke langit tujuh lapis, sampai ke Sidratul Muntaha, bertemu
dengan Allah Azza wa jalla, inilah yang disebut sebagai Mi'raj. Di sini
baginda SAW menerima kewajipan solat yang asalnya sehari semalam
ditetapkan lima puluh waktu, lalu dikurangi lima-lima sehinggalah menjadi
lima waktu sahaja. Solat-solat itu ialah yang kita kenal sebagai
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan 'Isyak. Sesudah itu, baginda
kembali turun ke bumi, melalui Palestin lagi lalu ke Makkah. Demikianlah
ringkasan cerita Isra' dan Mi'rajnya Rasulullah SAW.
Ada beberapa perkara
penting yang boleh diambil pengajaran daripada peristiwa Isra' wa
Mi'rajun-Nabi S.A.W. :
1) Sebelum Rasulullah SAW
diisra'kan dan dimi'rajkan oleh Allah Taala, terlebih dahulu dibedah dada
baginda oleh malaikat Allah untuk diambil hatinya dan dibersihkan,
kemudian diisi dengan sifat hilmi (kesabaran), ilmu, keyakinan dan
keislaman, kemudian ditutup kembali.
Ini memberikan petunjuk
kepada kita sekalian bahawasanya seseorang pemimpin, besar atau kecil,
yang memimpin umat atau bangsa, baikpun yang berada di pusat atau di
daerah, di kota, di desa, terlebih dahulu ia wajib membersihkan hatinya
sendiri dari segala sifat yang buruk untuk diganti dengan sifat yang
baik.Ini wajb dilakukan sebelum ia berusaha memperbaiki negaranya,
daerahnya, kota atau desanya. Tanpa adanya hati yang bersih dan kehendak
suci, maka apa yang dipimpin itu pasti tidak akan dapat menjadi baik.
Sekalipun aturan yang tertulis itu nyata baik, tetapi perjalanannya tentu
tidak keruan, kerana pemimpin itu sendirilah yang mendahului untuk
melanggar dan menerjang aturan-aturan yang dibuatnya sendiri tadi,
kemudian rakyatnya akan ikut-ikutan melanggar aturan-aturan yang ada
akhirnya undang-undang tidak berjalan. Yang berkuasa itulah yang menang,
berpangkat tinggi menjadi makmur tetapi bawahannya menjadi hancur bagaikan
bubur.
Seandainya perkara ini
dilaksanakan, iaitu membersihkan hati sebelum memegang pimpinan dan hal
itu berterusan selepas itu, pasti tidak akan terjadi kesengsaraan dan
keributan di mana-mana tempat. Maka dari itu, ajaran agama Islam itu
apabila dilaksanakan, pasti bagus hasil dan kesannya ke atas individu dan
juga masyarakat.
2) Di tengah jalan ketika
berisra', banyak sekali perumpamaan-perumpamaan yang dilihat oleh
Rasulullah SAW, baikpun yang berupa pahala atau siksa. Yang berupa pahala
misalnya ialah yang dihuraikan dalam kitab 'Qishshatul Mi'raj', karangan
Syeikh Najmuddin Alghaithi, demikian :
"
وَاَتَوا
على قَومٍ
يَزْرَعُونَ
في يَومٍ
وَيَحْصُدُونَ
في يَومٍ ,
كُلَّمَا
حَصَدُوا
عَادَ
كَمَا كَان ,
فقال : يا
جبريلُ , ما
هذا ؟
فَقَالَ :
هؤُلاَءِ
المُجَاهِدُونَ
في
سَبِيلِ
اللهِ
تَعَالى ,
تُضاعَفُ
لَهُمُ
الحَسَنَةُ
بِسَبعِمِائَةِ
ضِعفٍ "
Ertinya : " Lalu
datanglah suatu kaum yang sehari menanam, sehari lagi menuai, setiap habis
dituai, maka kembalilah tanaman itu tumbuh sebagaimana
semula. Nabi SAW bertanya : " Hai Jibril, apakah ini ? ",
jawabnya : " Ini adalah perumpamaan pahala bagi orang-orang yang
berjihad fi sabililah Taala (baikpun dengan badan, harta, jiwa, tenaga dan
lain-lain). Kebaikannya berlipat ganda sampai tujuh ratus kali ".
Inilah ganjaran Allah bagi
orang yang selalu berjihad fi sabilillah. Berjihadlah dengan apa saja yang
dapat kita lakukan selagi masih hidup, selagi masih kuat dan punya
kelapangan.
Di
antara siksa yang dilihat Baginda SAW ialah :
"
ثُمَّ اَتَى
عَلَى
قَوْمٍ
تُرضَخُ
رُئُوسُهُم
كُلَّمَا
رُضِخَتْ
عَادَتْ
كَما
كَانَتْ ولا
يُفَتَّرُ
عَنْهُمْ
مِنْ ذلك
شَيءٌ , فقال :
يا جبريلُ,
مَن هؤُلاءِ
، قال : هؤلاء
الذين
تَتَثَاقَلُ
رُؤُوسَهُم
عَنِ
الصَّلاةِ
المَكتُوبَةِ
"
"
Kemudian datanglah pada suatu kaum yang dilemparilah kepala-kepala mereka
itu dengan batu, apabila sudah pecah, lalu bercamtumlah sebagaimana
asalnya dan keadaan sedemikian ini tiada henti-hentinya ( yakni dilempari
kepalanya lalu pecah, kemudian sembuh, dilempari lagi sehingga seterusnya
). Nabi SAW bertanya : " Hai Jibril, siapakah mereka itu ? Jawabnya :
" Mereka adalah orang-orang yang kepalanya merasa berat untuk
menunaikan solat wajib ".
Demikianlah bandingan yang
dipertunjukkan oleh Allah bagi mereka yang malas mengerjakan solat lima
waktu. Siapakah yang ingin dilempari kepalanya seperti itu ?! Kalau tidak
ingin, maka hendaklah mengerjakan solat, jangan merasa berat dalam
menunaikannya, lawanlah syaitan dan perangilah hawa nafsu.
Kewajipan solat itu
diterima langsung oleh Rasulullah SAW dari Allah
Taala. Ini menunjukkan ia benar-benar penting. Adapun selain solat,
selalunya dengan perantaraan malaikat Jibril yang digelar Ar-ruhul Amin
A.S. Kedudukan solat amat penting sekali dalam pandangan Islam, sehingga
Rasulullah SAW bersabda :
بَيْنَ
الرَّجُلِ
وبَيْنَ
الشِّرْكِ
وَالكُفْرِ
تَرْكُ
الصَّلاةِ
"
Antara seseorang (muslim) dan antara syirik dan kufur ialah meninggalkan
solat ".
Ertinya apabila seseorang
itu mengerjakan solat, jelaslah ia seorang muslim dan jikalau tidak, maka
dapatlah dianggap orang musyrik atau kafir. Orang yang meninggalkan solat
secara sengaja dianggap sebagai fasiq dan mengerjakan dosa besar, manakala
orang yang meninggalkan solat secara sengaja sambil itu ia mendakwa bahawa
solat itu tidak wajib, maka boleh menjerumus kepada kekufuran. Hadis ini
adalah sahih dan diriwayatkan oleh Imam-imam Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan
Ibnu Majah dari sahabat Jabir RA.
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Peristiwa
Isra' Mi'raj adalah hakikat kenangan iman yang benar-benar berlaku
sebagaimana harusnya berlaku apa yang dicapai oleh manusia zaman moden
hari ini daripada segi perkembangan teknologi yang ( فاق كل
تصور )mengatasi segala gambaran.
Orang-orang
kafir dan mulhid yang was-was, ragu-ragu dengan mukjizat Isra' dan
Mi'raj, seandainya dikatakan kepada mereka setengah kurun dahulu,
bahawa suatu hari nanti manusia akan mencipta satu alat kecil seperti
komputer, yang mana dengannya manusia mampu menghantar beberapa helaian
tulisan dalam masa satu saat merentasi jarak berpuluh-puluh ribu kilometer
melalui ruang angkasa yang luas, supaya boleh dilihat di saaana di pelusuk
dunia, di atas skrin kecil lain, tanpa dihubungkan antara dua alat itu
dengan mana-mana hubungan langsung seperti wayar dsb, nescaya
mereka pasti akan menangkap orang itu, menghantarnya ke hospital gila dan
mengecapnya sebagai kufur dan mulhid (atheis).
Akan
tetapi, kita hidup dan kita telah melihat hakikat / kebenaran itu di alam
nyata kini, bahkan ada yang lebih hebat lagi daripada itu, iaitu seperti
kapal angkasa lepas yang boleh membawa manusia ke bulan dan selanjutnya
boleh menemui (discover) planet-planet dan bintang-bintang lain. Seandainya
kita manusia, makhluk lemah yang punya kemampuan terbatas, yang sampai
sekarang masih belum mampu menghuraikan enigma atau misteri
kewujudannya, telah berjaya mencipta kemajuan sains yang hebat ini, maka
apatah lagi Pencipta manusia itu sendiri, yang telah membekalkan otak
manusia yang kecil dengan berjuta-juta sel saraf dan arteri (salur darah)
halus yang tidak dan tidak mungkin akan dicapai oleh manusia akan rahsia
penciptaannya.
Bagaimana
layak seorang kafir atau mulhid yang Allah ciptakan mereka dan memberi
mereka kemajuan sains dan teknologi, boleh mengatakan bahawa mustahil
Allah boleh memperjalankan hamba-Nya S.A.W. pada waktu malam dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa kemudian naik ke langit paling tinggi bagi menerima
risalah iman untuk manusia keseluruhannya ?
اللهمَّ
إنَّا
نَسْتَغْفِرُكَ
وَنَتُوْبُ
إِلَيْكَ
فِيْ هَذِهِ
الذِّكْرى
العَظِيْمَةِ
عَمَّا
قَصَّرْنَا
فِيْ هَذِهِ
الرِّسَالَةِ
الخَالِدَةِ
،
وَنَسْئَلُكَ
العَوْنَ
والقُوَّة
عَلَى
تَحْرِيْرِ
قُدْسِنَا
الشَّرِيْف
مِنْ
مُغْتَصِبِيْهِ
، فَأَنْتَ
وَحْدَكَ
القَادِرُ
عَلَى
هَذِهِ
الأُمْنِيَّةِ
الغَالِيَةِ
...
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
sesungguhnya kami minta ampun dan bertaubat kepada-Mu bersempena kenangan
agung Isra' Mi'raj ini terhadap apa-apa kekurangan dalam menerangkan
risalah yang kekal ini, Dan kami memohon pertolongan dan kekuatan supaya
Al-Quds As-Syarief kami dibebaskan daripada tangan pencerobohnya, Engkau
sajalah yang mampu menunaikan cita-cita mahal kami ini…
جَعَلَنِيَ
اللهُ
وَإِيَّاكُمْ
مِمَّنْ
هَدَاهُ
اللهُ إلى
طَرِيقِ
الحَقِّ
فَاَتْبَعَهُ
, واللهُ تعالى
يُقُولُ فيِ
كِتَابِه
المُبِيْنِ .
أَعُوذُ
بِاللهِ
مِنَ
الشَّيْطَانِ
الرَّجِيمِ.
بِسْمِ
اللهِ
الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
. سُبحَانَ
الذِى
أَسْرَى
بِعَبْدِهِ
لَيْلاً
مِنَ
المَسْجِدِ
الحَرَامِ
إلى
المَسْجِدِ
الأَقْصَى
الذِي
بَارَكْنَا
حَوْلَهُ
لِنُرِيَهُ
مِنْ
آياتِنا
إِنَّهُ
هُوَ
السَّمِيْعُ
البَصِيْرُ
"
سورة
الإسراء : 1
Ertinya : " Maha suci
Allah telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) dalam satu malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, agar
Kami dapat menunjukkan kepadanya akan ayat-ayat Kami, sesungguhnya Allah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
بارك
الله لي ولكم
في القرآن
العظيم
ونفعني
وإياكم بما
فيه من
الآيات
والذكر
الحكيم
وتقبل الله
مني ومنكم
تلاوته ، إنه
هو السميع
العليم . أقول
قولي هذا
وأستغفر
الله العظيم
لي ولكم
ولسائر
المسلمين
والمسلمات
والمؤمنين
والمؤمنات
فاستغفروه
إنه هو
الغفور
الرحيم
_________________________________
rujukan :
1 - Al-Quran & Terjemahannya
2 -
Tafsir
Al-Azhar, Prof. Hamka
3 - Laman web Islam-Online
4 - Laman Web Dr.
Yusof Al-Qardhawi
5 - Majalah
Manar –Ul Islam, issue no.7 – vol. 21 – Rajab 1416H – Nnovember
1995, hal. 4-5
6 - Hadith
40 (Terjemahan dan Syarahnya) – Mustafa 'Abdul Rahman, Dewan Pustaka
Fajar
7 - Berita Harian, 20 September, hal. 30 Disampaikan oleh :
Mazuki Izani Ismail
Tempat : Pusat Islam UiTM Kampus Kota Kinabalu
Pada : 27 September 2002
Khutbah Lain
|