.

 

 

لحمد لله، نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله تعالى من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلن تجد له ولياً مرشداً، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، خصنا بخير كتاب أنزل وأكرمنا بخير نبي أرسل، وجعلنا بالإسلام خير أمة أخرجت للناس، نأمر بالمعروف وننهى عن المنكر ونؤمن بالله، جعلنا بالإسلام أمة وسطا لنكون شهداء على الناس ويكون الرسول علينا شهيدا، وأشهد أن سيدنا وإمامنا وأسوتنا وحبيبنا ومعلمنا محمدا عبد الله ورسوله، أدى الأمانة وبلغ الرسالة ونصح للأمة وجاهد في الله حق جهاده وتركنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها إلا هالك، فمن يطع الله ورسوله فقد رشد ومن يعص الله ورسوله فلا يضر إلا نفسه، ولا يضر الله شيئا، (إن أحسنتم أحسنتم لأنفسكم وإن أسأتم فلها ومن شكر فإنما يشكر لنفسه ومن كفر فإن ربي غني كريم)، اللهم صل وسلم وبارك على هذا الرسول الكريم، وعلى آله وصحابته، وأحينا اللهم على سنته وأمتنا على ملته واحشرنا في زمرته مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا، أما بعد،،،

أوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون ،

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,

Saya berpesan kepada diri saya dan diri tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah. Kita buat apa yang Tuhan suruh buat dan tinggalkan apa yang Tuhan kata jangan buat. Sesungguhnya bahagialah orang-orang yang bertaqwa itu.

وَتَزَوّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَقْوَى

“Berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa kepada Allah”

Muslimin (dan muslimat) yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam Al-Quran terdapat cerita yang berhubungan dengan peperangan di zaman Rasulullah S.A.W. dahulu, yakni perang Hunain. Kaum muslimin pada waktu itu banyak, dan oleh sebab merasa banyak dan besar jumlah tenteranya, lalu kurang waspadalah mereka terhadap musuh yang selalu mengintai peluang baik. Mereka seolah-olah sudah memastikan bahawasanya kemenangan adalah di pihak mereka dalam peperangan tersebut. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Besarnya jumlah itu tidak menyebabkan mereka memperolehi kemenangan, tetapi malahan sebaliknya…iaitu menyebabkan mereka kucar-kacir, porak-peranda, terus lari tunggang langgang. Andaikata Allah Taala tidak memberikan pertolongan yang ghaib, yakni para malaikat yang tidak kelihatan, sudah pasti kaum muslimin di saat itu itu akan kalah. Namun Allah Maha Pengasih lagi Penyayang terhadap kaum muslimin dan kemenangan terakhir adalah di pihak umat Islam. Wal-hamdulillah.  

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, kaum muslimin jangan sekali-kali sampai tertipu atau terpesona dengan banyaknya hitungan, besarnya jumlah, sebab yang sedemikian itu belum tentu akan membawa kemenangan.  

يُوْشَكُ أنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ قَصْعَتَهَا . قَالَ قَائِلٌ : أوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ : "بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ ، ولكِنَّكُمْ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوَّكُمُ المَهَابَةَ مِنْكُمْ ، وَليَقْذِفَنَّ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهْنَ ، قَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ، ما الوَهْنُ ؟ قَالَ : حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهَةُ المَوْتِ .

Ertinya : "Hampir sekali umat-umat lain akan mengeroyok engkau semua (hai kaum muslimin), sebagaimana orang-orang yang sedang bersantap mengeroyok makanan dalam wadahnya. "Ada seorang sahabat bertanya : "Apakah di saat itu jumlah kita kaum muslimin hanya sedikit ?". Baginda S.A.W menjawab : "Bukannya sedikit, bahkan engkau semua di waktu itu amat besar jumlahnya tetapi keadaanmu semua ketika itu adalah bagaikan buih air banjir. Dan lalu  Allah akan mencabut dari hati musuh-musuhmu semua rasa takut daripadamu semua. (Jadi Para musuh Islam sudah tidak segan, tidak takut dan tidak mengganggap penting kepada kaum muslimin, bahkan mengganggap remeh temeh, rendah sekali dan tidak berwibawa ap-apa). Juga Allah akan meletakkan dalam hatimu semua akan sifat wahan. Seorang sahabat bertanya : Apakah wahan itu wahai rasul Allah ? Baginda menjawab : Iaitu amat cinta kepada dunia dan amat takut kepada kematian." – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.

Demikianlah peringatan Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita kaum muslimin dan apa yang diramalkan oleh baginda S.A.W. itu benar-benar terjadi, lebih-lebih lagi pada hari akhir-akhir ini.

Kaum muslimin kini menjadi rebutan umat lain, dikeronyok oleh golongan lain. Ada yang memberikannya pangkat dan kedudukan, sudah mahu menjadi orang munafik. Ada yang memberinya pekerjaan, imannya sudah goyang lalu menjadi kafir. Ia menjual agamanya dengan harga yang murah sekali. Maka dari itu, banyaknya kaum muslimin tadi tidak seberapa kemanfaatannya, sebab hanya seperti buih, ditendang banjir sudah habis berantakan, atau seperti asap, ditendang angin sudah lenyap tiada berbekas.

Dengan itu, musuh-musuh Islam sudah tidak mempunyai keseganan dan ketakutan kepada kita umat Islam, wibawa kita lenyap, mahabbah punah, malahan hati kaum muslimin sendiri banyak yang wahan.

Wahan ialah sebagaimana yang yang dijelaskan oleh Rasulullah S..A.W., ertinya cinta sekali kepada harta duniawiyyah, sekalipun tidak halal terus diambil, sekalipun haram terus dimakan. Begitu juga ia takut akan mati, enggan membela yang benar, amat kedekut dalam menafkahkan hartanya untuk kebaikan dan kemajuan Islam. Cinta dunia yang berlebih-lebihan dan takut mati yang kesangatan inilah yang menyebabkan hilangnya kewibawaan Islam dan kaum muslimin dan itulah yang menyebabkan kaum muslimin itu diumpamakan sebagai buih atau asap yang hanya mengotori sahaja dan tidak ada kemanfaatannya sama sekali.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Agama Islam hari ini telah difitnah semahu-mahunya oleh Barat sejak peristiwa as-Thulaathaa' al-Aswad atau  The Black Tuesday September tahun lepas. Seumpama menangguk di air yang keruh, semua peristiwa, semua tragedi pesawat terhempas, semua insiden yang melibatkan kehilangan nyawa, semua kesalahan, mula-mula sekali pasti ditujukan kepada Islam sebelum dikaji sebab-sebab sebenarnya berlaku.  Agama Islam menjadi ancaman utama mereka sedang yang sebenarnya bukan demikian.

Di Amerika, hari ini wanita-wanita Islam dikehendaki membuka tudung ketika melalui pemeriksaan di semua lapangan terbang sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Di Singapura pula, Berita Harian 29 Januari lepas melaporkan, ibu bapa tiga murid perempuan tahap 1 diberi amaran supaya anak mereka membuka tudung jika mahu meneruskan persekolahan. Jika tidak, persekolahan mereka digantung. Undang-undang ini sudah lama dipraktikkan di negeri seperti Singapura ini.

Namun, hari-hari kebelakangan ini isu-isu sensitiviti umat Islam sering diberi tumpuan utama sama ada oleh media tempatan ataupun media antarabangsa kesan daripada tarikh keramat 11 September dan mungkin juga kerana desakan Amerika supaya sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah dikaji semula kerana dikhuatiri melahirkan pengganas.

Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat beliau di Qatar pada 11 Januari 2002 lalu menolak keras permintaan AS yang ditujukan pada negara-negara Arab muslim supaya merubah kurikulum pendidikan.

 

نَحْنُ - المسلمين - لَسْنا غَنَمًا تُساق حتّى  تُفْرِضَ عَلَيْنَا أمْرِيْكَا سيَاسَة تَعْلِيْمِيَّة بِعَيْنِهَا ، والإسْلام دِيْنُ التَجْدِيْد والتَطْوِيْر ، وَعُلَمَاءُ الإسلام طَالَما يَلِحُّوْنَ عَلَى التَجْدِيْد فِيْ المَنَاهِج ، ولكِنّ التَجْدِيْد يَكُوْنُ بِمَنَاهِجِنَا نحن ولا هُمْ ، وبِفَلْسَفَتِنا نحْن وَلا هِي .

"Kita kaum muslimin bukan kambing yang dikenderai sehingga kita perlu tunduk kepada tekanan politik AS untuk merubah kurikulum pendidikan kita. Islam adalah agama pembaharuan dan seiring dengan perkembangan. Para ulama Islam telah melakukan pembaharuan dalam kurikulum pendidikan itu. Tapi pembaharuan yang dilakukan sesuai dengan asas Islam, bukan mengikuti kemauan AS. Pembaharuan itu dilakukan sesuai dengan falsafah kita bukan mereka,” ujar Qaradhawi.

Khutbah Jum’at yang disampaikan Qaradhawi bermula dengan mengkritik sejumlah buku terbaru yang berisi ajakan perang melawan Islam. Antara buku tersebut ialah buku berjudul  نهاية التاريخ   "Pengakhiran Sejarah" karangan Francis Fukoyama dan الصراع الحضاري  atau dalam bahasa Inggerisnya “Clash of Civilization” karya Samuel Huntington yang isinya menyebutkan bahwa Islam adalah agama ancaman bagi peradaban dunia Barat dengan alasan, Islam agama yang tidak mengenal kemajuan.

Menurut Qaradhawi, Islam selalu menganjurkan umatnya untuk berkembang dan melakukan pembaharuan. Tapi hal itu dilakukan sesuai dengan prinsip yang dimiliki Islam. “Islam berpegang teguh pada masalah yang prinsipal (usul), dan akomodatif dalam masalah cabang (furu’). Ini karena, usul dalam Islam berpijak pada prinsip yang konstan supaya boleh memelihara agama, moral dan prinsip umat Islam itu sendiri,”. Beliau menambah bahwa Islam juga menolak aspek berlebihan dan ekstrimisme, karena Islam berdiri di atas ajaran yang moderat, mempermudah, bukan ajaran yang keras dan mempersulit hingga menjauhkan orang dari menjalankan Islam. 


Oleh sebab itu, marilah kita semua mengembalikan keagungan Islam, kehebatan kaum muslimin dan kewibawaan umat Tauhid ini supaya tidak dipandang remeh oleh umat lain. Meskipun terus difitnah, bilangan yang memeluk  Islam terus bertambah. Di Amerika sahaja sebanyak 24 ribu rakyatnya memeluk agama Islam sejak 11 September 2001 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Aqidati, Mesir beberapa bulan lepas. Dan yang agak terbaru dan tersebar luas di internet sekarang ialah pelakon Hollywood terkenal, superstar Will Smith dikatakan telah memeluk agama Islam setelah tamat menyelesaikan pembikinan filem biografi peninju terkenal, Muhammad Ali. Smith mengaku mula mengenal Islam saat dia mempelajari kehidupan peninju lagenda Amerika itu ketika menghayati wataknya dalam filem tersebut.

Hikmah Allah di sebalik satu-satu peristiwa, ada yang tidak dapat kita ketahuinya dan ada yang Allah maklumkan kepada hamba-Nya. Kitab-kitab Al-Quran laris di pasaran, begitu juga buku-buku agama Islam. Orang ramai mula mendekati dan mengenali agama Islam. Apa yang berlaku tidak pernah difikirkan sebelum ini.  

وَعَسى أنْ تَكْرَهُوْا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسى أنْ تُحِبُّوْا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ واللهُ يَعْلَمُ وأنْتُمْ لا تَعْلَمُوْن - البقرة : 216

Maksudnya : “Boleh jadi sesuatu yang tidak kamu sukai, padahal ada baiknya bagi kamu dan boleh jadi kamu sukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidaklah tahu.”

Menjadi tanggungjawab kita kaum muslimin mengembalikan semula haibah Islam dan keunggulan tamadun Islam di mata Barat. Tamadun kita adalah lebih baik daripada tamadun Barat, bukan sebaliknya sebagaimana yang disebutkan oleh Perdana Menteri Itali dua tiga bulan yang lepas. Dan umat Islam adalah lebih baik dan mulia daripada umat lain. Firman Allah S.W.T :

كُنْتُمْ خَيْرَ أمَّةٍ أُخْرِجَتْ للنَّاسِ تَأمُرُوْنَ بِالمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ المُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ - آل عمران : 110 

Ertinya : "Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat yang ma'ruf dan melarang perbuatan yang mungkar serta percaya kepada  Allah"

أعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم ... لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللهُ فِيْ مَوَاطِنَ كَثِيْرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًَا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأرضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِيْنَ . ثُمَّ أنْزَلَ اللهُ سَكِيْنَتَهُ عَلى رَسُوْلِهِ وَعَلَى المُؤْمِنِيْنَ وَأنْزَلَ جُنُوْدًا لَمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ الذِيْنَ كَفَرُوْا وَذلِكَ جَزَآءُ الكَافِرِيْنَ - التوبة : 25 - 26

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah memberikan pertolongan kepadamu semua (hai para mukmin) medan peperangan yang banyak dan juga pada hari Hunain. Ketika itu engkau semua terpesona oleh banyaknya jumlahmu (kira-kira tentera muslimin ada 10 ribu atau 12 ribu orang). Tetapi  jumlah yang banyak itu tidak menolong kepadamu sedikitpun. Bumi yang terbentang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian engkau semua mundur ke belakang bercerai-berai. Setelah itu, Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan juga kepada orang-orang beriman, dan diturunkan pula tentera-tentera yang kamu tiada melihatnya. Allah menyiksa orang-orang kafir dan memang dimikian itulah balasan bagi kaum kafirin.“ 

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم .

 

__________________________________
rujukan :
1 - Al-Quran & Terjemahannya
2 - Penuntun Khutbah Komplit
3 - Laman web Islam-Online
4 - Laman web  Al-Jazreera
5 - Laman web Aqidati
6 - Tafsir Al-Azhar, Prof. Hamka
7 - Berita Harian, 29 Januari 2002
..

Disampaikan oleh : Mazuki Izani Ismail
Tempat : Pusat Islam UiTM Kampus Kota Kinabalu
Pada : 1 Februari 2002

Lagi Khutbah