Menu

You are here: Home Kuiz Kuiz BAB501 Kuiz BAB501-JULAI09

Right & Left Direction

E-mail Print PDF
AddThis Social Bookmark Button

Tutorial ini saya andaikan anda sudah pun mengaktifkan Arabic Windows. Jika anda belum aktifkannya, anda boleh baca posting saya yang terdahulu di sini. Tulisan rumi bahasa Melayu atau Inggeris bermula dari arah kiri ke kanan, manakala tulisan Arab dalam bahasa Arab bermula dari kanan ke kiri.

Jadi, mengikut logiknya, sudah pastilah patut ada 'button' untuk switch to mana-mana direction yang kita perlukan untuk menulis di Microsoft Word. Jika penulisan kita itu banyak menggunakan tulisan rumi yang kadang-kala ada beberapa huruf Arab/Jawi, maka sudah tentu default direction yang perlu kita ambil ialah Left-to-Right. Sebaliknya, jika penulisan kita adalah penulisan huruf Arab yang kadang-kala ada beberapa huruf rumi, maka direction yang sepatutnya kita pilih adalah direction Right-to-Left.

Seharusnya anda pasti bertemu simbol seperti di bawah ini dalam paparan Microsoft Word.

klik ikon ini untuk pilih direction Right-to-Left. Jika anda klik ikon ini, cursor anda akan 'berkelip-kelip' di  sebelah kanan page, menandakan penulisan akan bermula daripada arah kanan ke kiri.

 

klik ikon ini untuk pilih direction Left-to-Right. Jika anda klik ikon ini, cursor anda akan 'berkelip-kelip' di sebelah kiri page, menandakan penulisan akan bermula daripada arah kiri ke kanan.

 

Bagaimana jika kedua-dua ikon itu tidak kedapatan di paparan Microsoft Word anda?

Jika anda tak jumpa ikon tu (setelah mata dibuka seluas-luasnya..:)), anda hendaklah ke menu Tools --> Customize. (Lupa bagi tau, tutorial ini berdasarkan Word 2003).

Then, paparan di bawah akan muncul. Pastikan anda berada di tab Commands. Pilih Format dalam bahagian Categories, pada ruangan sebelah kanan pula, sila scroll down sehingga anda jumpa simbol Left-to-Right dan Left-to-Right seperti dalam rajah di bawah.

Klik tanpa lepas pada salah satu simbol itu, kemudian tarik dan lepaskannya (drag & drop) di toolbar di tempat yang sesuai. Ulangi langkah itu untuk simbol yang satu lagi. Setelah selesai, klik Close.

Done!

 

Last Updated ( Sunday, 01 May 2011 22:53 )  

اللغة العربية

Main Menu

More Menus

VIDEO MUZIK ARAB

Please click here

Free Photography E-Book

Our Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1224
mod_vvisit_counterYesterday959
mod_vvisit_counterThis week3124
mod_vvisit_counterLast week9676
mod_vvisit_counterThis month12800
mod_vvisit_counterLast month28789
mod_vvisit_counterAll days531174

We have: 11 guests online
Your IP: 38.107.179.241
 , 
Today: May 22, 2012

Syndication

Who's Online

We have 574 guests online