![]() |
Ketika ini saya baru pulang dari Mesir. Dari Kaherah, kami 5 orang kesemuanya menaiki Egypt Air dan transit di Jeddah, Arab Saudi selama seminggu. Beberapa jam penerbangan, kami sampai di Lapangan Terbang Jeddah. Waktu itu malam. |
Selepas memunggah bagasi yang sudah tentu berkilo-kilo banyaknya (kerana tamat belajar), kami menuju ke tempat parkir kenderaan. Di situ kami mencari pengangkutan untuk ke Al-Madinah Al-Munawwarah. Kami terpaksa mencari sendiri kenderaan kerana kami pergi ke sana bukan di bawah mana-mana ejen umrah seperti yang banyak terdapat sekarang di negara kita.
Setelah bersetuju dengan harga, kami pun dapatlah sebuah kenderaan GMC. Kenderaan besar ini cukup untuk memuatkan barang-barang kami semua. Kami memulakan perjalanan kira-kira jam 12 malam dan sampai di Madinah dekat waktu Subuh. Di sana kami menginap di sebuah hotel, yang ni pun kami cari sendiri. (Lupa sudah nama hotel itu).
Di Madinah kami sempat melawat maqam Rasulullah, Masjid Nabawi, tanah perkuburan Baqie', Raudhah dan lain-lain. Tidak lupa juga ke pasar kurma.
Selepas 3 hari di Madinah, kami mencari kenderaan lain pula untuk ke Makkah. Kali ini pun dengan GMC juga. Kenderaan buatan Amerika ini banyak terdapat di sana sebagai pengangkutan jarak jauh. Kami bertolak waktu tengahari. Kami singgah di Bi'r Ali untuk ambil niat umrah, atau dalam bahasa lain ialah untuk memulakan niat umrah di miqat makani iaitu di Bi'ru Ali.
Selepas mandi sunat ihram dan memakai ihram, kami memulakan perjalanan menuju ke Makkah untuk bertemu Baitullah Al-Haram. Perjalanan kami hanya ditemani padang pasir di kiri dan kanan jalan. Perjalanan yang sangat jauh dan memenatkan, tidak hairanlah ada di antara kami yang tertidur keletihan. Pernah ku berfikir, kalau aku tidur, rugi tak dapat lihat pemandangan sepanjang perjalanan, kerana tidak mudah untuk mengalami pengalaman seperti itu pada masa akan datang. Telahanku ini amat benar, kerana sudah kira-kira 14 tahun berlalu, aku belum lagi 'mampu' ke sana semula bagi mengutip semula pengalaman-pengalaman lama melalui jalan darat dari Madinah ke Makkah.
Namun kantuk mengatasi segalanya. Keinginan yang kuat untuk tidak mensia-siakan pengalaman berharga itu tidak menjadi kenyataan. Akhirnya aku tewas juga. Tertidur juga aku. Mata yang kutahan supaya tidak tertutup itu ternyata alah dengan pemandangan yang sama berpuluh-puluh kilometer, bahkan mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya. Padang pasir yang sejauh mata memandang itu menjadi bantal yang empuk buat aku diulit mimpi.
Tak dapat kubayangkan bagaimanalah Nabi S.A.W. bersama para sahabat berjalan sambil mengenderai unta dari Makkah ke Madinah pada ketika itu.
Kira-kira jam 8 malam, kami tiba di Makkah. Kenderaan yang kami naik tadi berhenti dekat dengan 'maktabah', dekat dengan kawasan Masjidil Haram..





afrikaans
albanian
arabic
belarusian
bulgarian
catalan
chinese
chinese simplified
chinese traditional
croatian
czech
danish
dutch
english
estonian
finnish
french
galician
german
greek
hebrew
hindi
hungarian
icelandic
indonesian
irish
italian
japanese
korean
latvian
lithuanian
macedonian
malay
maltese
norwegian
persian
polish
portuguese
romanian
russian
serbian
slovak
slovenian
spanish
swahili
swedish
tagalog
thai
turkish
ukrainian
vietnamese
welsh
yiddish 












