Menu

You are here: Home Kuiz Kuiz BAB451 Kuiz BAB451-JULAI09

Macamana Nak Aktifkan Nombor Arab

E-mail Print PDF
AddThis Social Bookmark Button
Untuk menulis nombor Arab seperti gambar di sebelah ini tidaklah sesukar mana. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah aktifkan Arabic Windows terlebih dahulu. Cara-cara untuk mengaktifkannya sudah saya terangkan dalam post yang terdahulu. Jika anda ter'miss' posting tersebut, anda boleh membacanya di sini

Pengguna Windows biasanya menggunakan Microsoft Word untuk menaip teks. Versi yang banyak digunakan sekarang adalah Microsoft Office 2007 walaupun versi 2010 sudah pun keluar. Microsoft Word adalah salah satu daripada famili Microsoft Office. Ini dengan secara automatik kita memanggil Microsoft Word itu sebagai Microsoft Word 2007 kerana ia daripada keluarga Microsoft Office 2007. Antara ahli keluarga Microsoft Office ialah Microsoft Excel, Power Point, Access dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga yang masih menggunakan Microsoft Office 2003, iaitu version sebelum 2007 dilancarkan. Dengan mengambil kira keadaan ini, saya akan terangkan kedua-duanya sekali cara untuk mengaktifkan nombor Arab di Microsoft Office, khususnya Microsoft Word.

Kita mulakan dengan Microsoft Word 2003.

1.  Buka aplikasi Microsoft Word 2003 anda. Pergi ke menu Tools --> Options.



2.  Satu window Options akan dipaparkan. Klik tab Complex Scripts



3. Pada bahagian "Numeral:", pilih Context. Klik OK. 
4. Selesai.  Sanang saja bha itu!!

Now, kita ke Microsoft Word 2007 pula.

1. Macam biasa, buka aplikasi Microsoft Word 2007 anda. 
2. Klik satu kali di atas Office Button di penjuru kiri kanan tetingkap Word anda. Kemudian pilih Word Options.


 
3.  Tetingkap seperti di bawah akan keluar. pilih Advanced pada menu utama di sebelah kiri. Kemudian, pada paparan sebelah kanannya, plz scroll down sampailah anda jumpa Numeral: di bawah sub-menu Show Document Content.



4. Macam biasa, sila pilih Context pada drop-down menu Numeral itu. Klik butang OK. Selesai! 

Jika anda telah mengikuti langkah-langkah di atas dengan betul, insya-Allah tidak akan ada lagi masalah "nombor Arab tak kuar", "tak boleh tulis nombor Arab" etc. Selamat mencuba dan men'try'...huhuhu.. 

 

Last Updated ( Sunday, 01 May 2011 22:54 )  

اللغة العربية

Main Menu

More Menus

VIDEO MUZIK ARAB

Please click here

Free Photography E-Book

Our Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1163
mod_vvisit_counterYesterday959
mod_vvisit_counterThis week3063
mod_vvisit_counterLast week9676
mod_vvisit_counterThis month12739
mod_vvisit_counterLast month28789
mod_vvisit_counterAll days531113

We have: 33 guests online
Your IP: 38.107.179.243
 , 
Today: May 22, 2012

Syndication

Who's Online

We have 536 guests online