Tutorial ini saya andaikan anda sudah pun mengaktifkan Arabic Windows. Jika anda belum aktifkannya, anda boleh baca posting saya yang terdahulu di sini. Tulisan rumi bahasa Melayu atau Inggeris bermula dari arah kiri ke kanan, manakala tulisan Arab dalam bahasa Arab bermula dari kanan ke kiri.
Jadi, mengikut logiknya, sudah pastilah patut ada 'button' untuk switch to mana-mana direction yang kita perlukan untuk menulis di Microsoft Word. Jika penulisan kita itu banyak menggunakan tulisan rumi yang kadang-kala ada beberapa huruf Arab/Jawi, maka sudah tentu default direction yang perlu kita ambil ialah Left-to-Right. Sebaliknya, jika penulisan kita adalah penulisan huruf Arab yang kadang-kala ada beberapa huruf rumi, maka direction yang sepatutnya kita pilih adalah direction Right-to-Left.
Seharusnya anda pasti bertemu simbol seperti di bawah ini dalam paparan Microsoft Word.
klik ikon ini untuk pilih direction Right-to-Left. Jika anda klik ikon ini, cursor anda akan 'berkelip-kelip' di sebelah kanan page, menandakan penulisan akan bermula daripada arah kanan ke kiri.
klik ikon ini untuk pilih direction Left-to-Right. Jika anda klik ikon ini, cursor anda akan 'berkelip-kelip' di sebelah kiri page, menandakan penulisan akan bermula daripada arah kiri ke kanan.
Bagaimana jika kedua-dua ikon itu tidak kedapatan di paparan Microsoft Word anda?
Jika anda tak jumpa ikon tu (setelah mata dibuka seluas-luasnya..:)), anda hendaklah ke menu Tools --> Customize. (Lupa bagi tau, tutorial ini berdasarkan Word 2003).

Then, paparan di bawah akan muncul. Pastikan anda berada di tab Commands. Pilih Format dalam bahagian Categories, pada ruangan sebelah kanan pula, sila scroll down sehingga anda jumpa simbol Left-to-Right dan Left-to-Right seperti dalam rajah di bawah.

Klik tanpa lepas pada salah satu simbol itu, kemudian tarik dan lepaskannya (drag & drop) di toolbar di tempat yang sesuai. Ulangi langkah itu untuk simbol yang satu lagi. Setelah selesai, klik Close.
Done!




afrikaans
albanian
arabic
belarusian
bulgarian
catalan
chinese
chinese simplified
chinese traditional
croatian
czech
danish
dutch
english
estonian
finnish
french
galician
german
greek
hebrew
hindi
hungarian
icelandic
indonesian
irish
italian
japanese
korean
latvian
lithuanian
macedonian
malay
maltese
norwegian
persian
polish
portuguese
romanian
russian
serbian
slovak
slovenian
spanish
swahili
swedish
tagalog
thai
turkish
ukrainian
vietnamese
welsh
yiddish 













