![]() |
Perbincangan kita kali ini adalah mengenai muzakkar dan muannas bagi kata nama (isim). Apa yang kita akan pelajari ialah apakah yang dimaksudkan dengan muzakkar dan muannas itu, pembahagian-pembahagian muzakkar dan muannas, tanda-tanda muannas (perempuan) dan lain-lain. |
Perkataan (Kalimah) dalam bahasa Arab terbahagi kepada 3:
1) Isim (Kata Nama)
2) Fi’l (Kata-kerja)
3) Huruf (Preposition)
Isim (الإسم) atau kata nama pula dibahagikan kepada 2 bahagian:
Pertama: Muzakkar (مُذَكَّر) = Lelaki
Kedua: Muannas (مُؤَنَّث) = Perempuan
Pertama:
Isim Muzakkar (الاِسْمُ المذكَر) – iaitu kata nama (isim) yang menunjukkan lelaki daripada segi lafaz dan makna yang mana boleh kita gandingkan isim ini dengan هذَا. (ini). Muzakkar terbahagi kepada dua:
Tanda-tanda perempuan (عَلامَاتُ التَأْنِيْث) pada kata nama ialah:
1) Tanda perempuan yang paling popular ialah تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] di akhir perkataan. تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] ini ditambahkan kepada kata nama lelaki dan kata sifat (adjektif) untuk menjadikannya perempuan. Contohnya:
a) طالِب ← طالِبَة
Thoolib (Pelajar Lelaki) → Thoolibah (Pelajar Perempuan)
b) مُحَاضِر ← مُحَاضِرَة
Muhaadhir (Pensyarah Lelaki) → Muhaadhirah (Pensyarah Perempuan)
c) كَاتِب ← كَاتِبَة
Kaatib (Kerani Lelaki) → Kaatibah (Kerani Perempuan)
*Sifat yang khas bagi wanita tidak bersambung dengan taa’ marboothah seperti حَائِض (perempuan berhaid), طَالِق (perempuan kena cerai), ثَيِّب (janda). Kita tak perlu sebut dengan menambah taa’ marboothah seperti ini: حَائِضَة, طَالِقَة, ثَيِّبَة .
*Tetapi ada juga didengar perkataan مُرْضِعَة (Perempuan yang menyusukan) ditambah taa’ marboothah pada hujung perkataan sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran(1).
* Walau bagaimanapun, untuk menentukan gender satu-satu perkataan dalam bentuk itu (Alif Maqsuurah & Alif Mamdoodah), anda hendaklah merujuk kepada kamus atau bertanya kepada guru.
* Semua nama tempat kampung, bandar, negara dan lain-lain dianggap berjenis perempuan (مؤنث) .
Contoh: مَدْيَنُ ‘Madyan’, مَكَّةُ ‘Makkah’, يَثْرِب ‘Yasrib’, dll.
* Semua benda yang berjumlah sepasang dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: عَيْنٌ (mata), يَدٌ (tangan), نَعْـل ‘sandal’, رِجْل (kaki), أذُن (telinga) dll..
* Semua benda selain manusia, apabila dalam bentuk jamak (plural) iaitu jamak taksir (broken plural), ia dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: كُـتُـبٌ ‘buku-buku’, بُـيُـوتٌ ‘rumah-rumah’.
Bahagian-bahagian Muannas
Muannas daripada segi makna terbahagi kepada 2:
1) Muannas Haqiqiyy (مُؤَنَّث حَقِيْقِيّ) : digunakan ke atas semua yang beranak dan bertelur, seperti اِمْرَأَة (orang perempuan), غُلاَمَة (budak perempuan), نَاقَة (unta betina), بَقَرَة (lembu betina) .
2) Muannas Majaziyy (مُؤَنَّث مَجَازِيّ) : digunakan ke atas semua yang tidak beranak atau bertelur, seperti مَكْتَبَة (perpustakaan), أُسَامَة (Usamah), دَار (rumah),صَحِيْفَة (suratkhabar), شَمْس (matahari)
Munnas daripada segi lafaz terbahagi kepada 3:
1) Muannas Lafziyy (مُؤَنَّث لَفْظِيّ): Kata nama (isim) yang bersambung di akhirnya dengan salah satu tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأنِيْث) [alaamah at-ta’nist iaitu التاء المربوطة والألف المقصورة والألف الممدودة ] seperti: طَلْحَة (Thalhah), حَمْزَة (Hamzah), زكَرِيَّاء (Zakariyya’). Perkataan-perkataan ini menunjukkan lelaki, Cuma daripada segi lafaz sahaja ia muannas. Apabila nak buat ayat, kena pakai hukum lelaki seperti contoh حَمْزَة يَذْهَبُ إِلَى الجَامِعَة (Hamzah pergi ke universiti itu).
2) Muannas Ma’nawiyy (مُؤَنَّث مَعْنَوِيّ): iaitu semua kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan meskipun ia tidak mempunyai tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأْنِيْث) seperti: سُعَاد (Su’aad), هِنْدٌ (Hindun), شَمْس (matahari), رِجْل (kaki), مريم (Maryam). Bentuk ini memakai hukum Muannas Haqiqiyy, iaitu hukum perempuan, seperti هَذِهِ رِجْل (Ini kaki), طَلَعَتْ الشِّمْسُ (Telah terbit matahari).





afrikaans
albanian
arabic
belarusian
bulgarian
catalan
chinese
chinese simplified
chinese traditional
croatian
czech
danish
dutch
english
estonian
finnish
french
galician
german
greek
hebrew
hindi
hungarian
icelandic
indonesian
irish
italian
japanese
korean
latvian
lithuanian
macedonian
malay
maltese
norwegian
persian
polish
portuguese
romanian
russian
serbian
slovak
slovenian
spanish
swahili
swedish
tagalog
thai
turkish
ukrainian
vietnamese
welsh
yiddish 












