Menu

You are here: Home

Template Laporan Drama Arab

E-mail Print PDF
AddThis Social Bookmark Button

Selain membuat produksi video, pelajar juga dikehendaki menyediakan laporan (report/taqrir) persembahan mereka. Antara perkara yang WAJIB ada dalam laporan tersebut ialah biodata ahli kumpulan berserta foto dan juga skrip drama seperti yang telah dipersembahkan dalam rakaman video. Dalam kesempatan ini saya ada sediakan template untuk para pelajar saya sebagai panduan. 

Ini adalah design cadangan sahaja. Jika pelajar mempunyai kreativiti atau design lain yang lebih menarik, tafaddhal, ubahlah template ini mengikut kesesuaian anda. Saya tidak mahu 'membunuh' kreativiti anda dengan memaksa para pelajar hanya menggunakan design ini sahaja. Saya suka lihat design yang cantik-cantik dan kreatif. Gunakan kreativiti anda sepenuhnya dalam menghasilkan satu persembahan yang menarik. Cuma, kandungan utama yang diperlukan itu mestilah dipastikan ada. 

Setiap kumpulan diwajibkan hantar SATU laporan sahaja. Laporan yang sudah disiapkan hendaklah dihantar DI SINI

Laporan juga boleh dihantar ke email saya:

To: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
CC: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  

Subject: Report BAB101 (Ahmad, Salleh, Salina, Zurainah & Fatin Najwa) 

Tukarkan kod bahasa Arab BAB101 itu kepada kod yang anda ambil sekarang. Masukkan dalam kurungan (bracket) itu nama-nama ahli kumpulan secara ringkas (tanpa bin/binti) bagi memudahkan saya mengesan pelajar mana yang sudah hantar assignment dan pelajar mana yang belum hantar. Harap beri kerjasama.

Berikut adalah screen capture of the template:

Para pelajar bebas menggunakan mana-mana jenis font yang disukai, tidak tertakluk kepada font yang terdapat dalam contoh template di atas. Font Arabic boleh dimuat-turun di Download Arabic Font Pack (61MB - for registered user ONLY. Please register for FREE).

Tukarkan kod BAB120 itu kepada kod bahasa Arab yang anda ambil sekarang sama ada BAB101, BAB110, BAB151, BAB451 atau BAB501.

الدبلوم في إدارة السياحة bermaksud Diploma Pengurusan Pelancongan (DPP). Kalau DBS, الدبلوم في دراسة الأعمال. , DIB adalah الدبلوم في البنكية, BASc adalah البكالوريوس في العلوم الإدارية, BBA pula ialah البكالوريوس في إدارة الأعمال.

أعضاء الفريق bermaksud "Anggota Kumpulan/Pasukan"

Jika anda tidak faham makna perkataan-perkatan di atas, sila bertanya kepada Google Translator.

Para pelajar boleh menambah sendiri maklumat lain yang dirasakan perlu dimasukkan.

Jika tiada maklumat berkaitan seperti alamat blog/laman web, letakkan tanda dash " - "

نص الحوار bermaksud "Teks Perbualan". Di bawah adalah contoh untuk menaip teks perbualan. Font di bawah adalah Traditional Arabic. Sila gunakan font ini (Traditional Arabic) untuk menulis teks tersebut. Saiz yang dicadangkan ialah 20.

Panduan Lain:

1) Setiap pelajar hendaklah bercakap minimum 10 ayat lengkap tanpa melihat/merujuk teks di kertas, di dinding, di payung, di pokok, dan sebagainya.

2) Tiada had masa ditetapkan. 

3) Pemarkahan berdasarkan kepetahan/kelancaran bercakap, gaya badan, isi cerita, persembahan dan juga tatabahasa Arab. Pemarkahan adalah berdasarkan kebolehan individu.

4) Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 3 hingga 5 orang sahaja. Dalam satu-satu kumpulan, boleh terdiri daripada lelaki dan perempuan.

====================================
Download Template Laporan Drama Bahasa Arab
====================================

===========================================
Download Arabic Font Pack
 (61MB - for registered user ONLY)
===========================================

*Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan mesej anda di bawah. TQ

Last Updated ( Saturday, 10 September 2011 18:07 )  

اللغة العربية

Main Menu

More Menus

VIDEO MUZIK ARAB

Please click here

Free Photography E-Book

Our Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday628
mod_vvisit_counterYesterday1060
mod_vvisit_counterThis week628
mod_vvisit_counterLast week9676
mod_vvisit_counterThis month10304
mod_vvisit_counterLast month28789
mod_vvisit_counterAll days528678

We have: 8 guests online
Your IP: 38.107.179.240
 , 
Today: May 20, 2012

Syndication

Who's Online

We have 206 guests online