Salah satu cara yang biasa bagi para blogger dan pembina laman web gunakan ialah dengan menghantar URL laman web ke enjin pencari seperti Google.com, Yahoo.com dan lain-lain. Jika hendak hantar ke Google, web develepor/blogger akan ke http://www.google.com/addurl untuk hantar URL. Di sana terdapat beberapa field yang perlu diisi. Yang paling utama sekali ialah URL address. Selepas diisi, Klik butang Add. Web yang dimasukkan itu tidak akan terus disenaraikan di Google. Ia mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya untuk disenaraikan (Biasa laa free). Jika anda mahu ia disenaraikan dengan cepat, anda perlu keluarkan sedikit belanja untuk membeli space iklan di Google. Iklan berbayar Google yang masyhur dinamakan Google Adwords (sila googling untuk dapatkan maklumat lanjut). Bagi businessman, amat perlu menggunakan khidmat ini. Bagi yang tidak ada apa-apa perniagaan samada online atau offline, cukup dengan yang free itu sahaja.. :)
Untuk hantar ke Yahoo.com, anda boleh ke http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit/ dan klik perkataan "Submit a Website or Webpage"; maknanya anda boleh letakkan sebuah website atau hanya satu webpage sahaja. Isikan URL laman web anda dan klik butang Submit URL. Anda akan peroleh mesej berikut : "Thank you! Your URL has been added to our list of URLs to crawl. Please expect a delay of several weeks before your URL is crawled."

- Pada kotak URL, sila isikan alamat lengkap laman web atau blog anda, sebagai contoh: http://www.abqarie.com/
- Seterusnya masukkan email anda di kotak E-Mail yang disediakan.
- Sebelum menekan butang "SUBMIT MY SITE", pastikan anda memilih terlebih dahulu laman search engine yang manakah anda mahu site anda dihantarkan.
- Tick pada kota kecil bersebelahan nama laman web tersebut. Jika anda ingin memilih kesemuanya sekali, klik pada perkataan "check all". Jika tidak mahu kesemuanya, klik "uncheck all".
- Selepas dipilih, klik butang "SUBMIT MY SITE".
