You are here: Home

Ping Site: Tambah Trafik ke Website

E-mail Print PDF
User Rating: / 0
PoorBest 

Menurut Wikipedia, ping (kadangkala disebut sebagai singkatan dari Packet Internet Gopher) adalah sebuah program utiliti yang dapat digunakan untuk memeriksa connection jaringan berasaskan teknologi Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP).

Dengan menggunakan utiliti ini, dapat diuji akakah sebuah komputer terhubung dengan komputer lainnya. Hal ini dilakukan dengan menghantar sebuah paket kepada alamat IP yang hendak diuji connectionnya dan menunggu respon daripadanya.

Dengan menggunakan arahan Ping, kita boleh mengetahui sama ada sesuatu destinasi (destination) atau laman web itu wujud atau tidak. Jika destinasi itu wujud, ia akan bertindak balas dengan memberitahu statusnya. Contohnya,  apabila kita menggunakan command prompt di Windows untuk ping sesuatu laman web. Jika hasil ping adalah 'reply', bermakna laman web tersebut masih lagi aktif. Untuk lakukankannya, Sila pointkan mouse anda ke butang Start Windows 7 anda, cari Accessories --> Command Prompt.

command_prompt

Satu window gelap seperti di bawah akan dipaparkan. Seterusnya taip ping www.utusan.com.my sebagai contohnya. 

Anda boleh cuba mana-mana laman web lain seperti ping www.google.comping www.yahoo.com, ping www.facebook dan lain-lain.

Apabila anda lakukan operasi PING, jika ada connection dengan destinasi yang ingin di'ping', komputer akan memberikan reply daripada laman web destinasi tadi. Sebagai contoh, laman facebook, komputer memberitahu ada reply daripada IP Address 69.63.189.11. Ini bermakna, laman web tersebut boleh diakses. 69.63.189.11 tadi sebenarnya alamat IP bagi laman web facebook. Anda boleh salin IP 69.63.189.11 itu dan tuliskannya di browser anda. Anda akan dapati alamat IP 69.63.189.11 itu akan membawa anda ke laman web Facebook. Jadi, alamat IP 69.63.189.11 dan www.facebook adalah benda yang sama. Facebook.com adalah domain name. Manusia mencipta domain name sebagai ganti IP Address kerana nombor-nombor pada IP Address amat sukar untuk diingati. Bayangkanlah kalau ada 10 laman web, 10 IP Address yang mempunyai gabungan nombor seperti itu perlu diingat. Jadi, selain menggunakan arahan ping www.facebook.com, kita boleh juga gunakan arahan ping 69.63.189.11 untuk mengetahui connection ke laman web facebook.

 

Utiliti ping akan menunjukkan hasil yang positif jika dua buah komputer saling terhubung di dalam sebuah jaringan. Hasil berupa statistik keadaan connection kemudian ditampilkan di bahagian akhir. Kualiti sambungan dapat dilihat dari besarnya waktu pergi-balik (roundtrip) dan besarnya jumlah paket yang hilang (packet loss). Semakin kecil kedua angka tersebut, semakin bagus kualiti sambungannya.

 

Jika laman web yang hendak di'ping' itu tidak dapat dicapai, ia akan memberikan status "request time out". Lihat  screenshot di bawah:

 

Laman mobik.com dahulu sangat famous kerana memberikan perkhidmatan percuma sms ke nombor-nombor telco Malaysia. Tetapi sekarang ianya sudah tidak dapat diakses.

Apa pula yang dimaksudkan dengan ping blog atau ping website? Bagi blogger, istilah ini sudah biasa bagi mereka terutama bagi blogger tegar yang orientasinya lebih banyak menjurus ke arah making money online.  Ini kerana aspek ini (ping) amat penting bagi mempercepatkan satu-satu blog atau laman web diindekskan atau disenaraikan di database enjin pencari terutamanya Google dan Yahoo.  Ping dapat membantu mengoptimakan SEO (Search Engine Optimization) blog dan mampu mempengaruhi posisi blog di SERP (Search Engine Ranking Pages).

Saya mengandaikan proses ping ini seperti ini: Seorang perempuan telah melempar sesuatu ke arah seorang lelaki, lalu lelaki itu berpaling ke arahnya dan menuju ke arah perempuan tadi... sambungan cerita ini, reka-reka lah sendiri hehehe. Jadi, apabila anda menge'ping' blog anda, bererti anda memberitahu search engine bahawa blog/website anda sudah diupdate. Lalu search engine tadi akan menghantar 'orang2nya' (robot) untuk ke blog/website anda untuk melawat. Dia akan ambil maklumat website anda lalu pulang dan daftarkan dalam database mereka. [Ini ikut pemahaman saya lah, kalau ada yang lebih mahir mengenai ping ini, bolehlah berkongsi maklumat di ruangan komentar di bawah.] Diaorang ambil maklumat update blog/website anda berserta dengan keyword sekali. Jadi, apabila user (orang awam) menaipkan keyword tertentu di enjin pencari mereka, kemungkinan kandungan blog anda akan disenaraikan di laman pertama. Jika banyak saingan terhadap keyword yang sama, mungkin page anda tersenarai di page yang terkebelakang. 

Terdapat banyak laman web layanan ping yang ada di internet. Antara yang masyhur ialah www.pingler.com, namun Pingler sekarang ini hanya menghadkan 5 kali ping sahaja untuk tempoh 24jam. Jika mahu lebih, kena bayar. Pada ketika ini saya ingin kongsikan cara-cara buat ping di laman Ping Your Site. Ia adalah perkhidmatan percuma. Sila klik link tersebut. (Lihat screenshot di bawah)

ping-your-site

Pada Blog Name, masukkan nama blog atau website anda. Kemudian masukkan alamat laman web anda di lokasi URL. Klik Check all untuk memilih semua servis yang disediakan. Akhir sekali, klik butang PING NOW. Anda boleh bersandar di kerusi sambil minum teh sementara menunggu proses pinging tersebut selesai. Anda akan dapati nanti statusnya, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Yang gagal itu mungkin laman web tersebut tidak lagi menyediakan perkhidmatan ping, contohnya laman technorati.com, Anda boleh lihat mesej mereka di sini

Bagi laman web yang menggunakan platform Joomla, terdapat banyak plug-in yang menyediakan service ping ini. Hanya download plug-in tersebut secara percuma, kemudian installkan di back end Joomla anda. Setiap kali anda post artikel baru, secara automatik ia akan hantar ping ke search engine berkenaan. Lihat contoh laman web saya di bawah. Laman web Arabic Resources ini menggunakan platform Joomla 1.5. Setiap kali saya klik Save untuk publish, ia akan terus ping ke server-server yang telah ditetapkan di Plug-in Manager.

joomla-arabic-resources

Satu nasihat daripada mereka yang berpengalaman, jangan terlalu sering melakukkan ping, jika terlalu sering melakukkan ping, blog/website anda akan dianggap melakukkan spam ping dan kemungkinan besar blog/website akan dibuang jauh-jauh daripada diindeks oleh mesin pencari.

Jadi, selamat ber'ping'...mudah-mudahan berjaya.

Last Updated ( Sunday, 05 June 2011 22:02 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss