You are here: Home

BERHATI-HATI DENGAN TERJEMAHAN FILEM ASING

E-mail Print PDF

tabbanlaka2Posting saya ini berkaitan satu isu yang agak menarik yang melanda masyarakat muda-mudi Arab. Saya terbaca satu coretan pengalaman menarik seseorang dan saya terjemahkan secara bebas dan ringkas seperti di bawah.

 

Terdapat sekumpulan anak-anak muda berumur belasan tahun bergurau sesama mereka, lalu bertengkar, tidak lama kemudian saya mendengar salah seorang daripada mereka berkata kepada kawannya dengan suara yang kuat dalam bahasa Inggeris (fuck you). Saya ikuti babak ini dengan teliti. Saya cuba fahami apa yang diperkatakan oleh budak itu, adakah ada antara mereka yang marah sampai terkeluarnya kata-kata ini? Saya sangat terkejut kerana semua mereka tersenyum, ada yang ketawa apabila mendengar “perkataan” itu. Lalu saya pergi mendapatkan budak itu dan bertanya kepadanya, “apa maksud perkataan Inggeris yang kamu sebutkan tadi”? Dia menjawab “kenapa?, awak tak tahu bahasa Inggeris ker?” Saya menjawab “Saya tak tahu”. Budak itu tersenyum kerana dia sangka bahasa Inggerisnya lebih hebat daripada saya. Saya ulangi lagi soalan tadi, “saya tanya tadi, apa makna perataan f*** you? Bolehkah kamu ajarkan saya maknanya dalam bahasa Arab?”

Dia pun berkata, “maknanya dalam bahasa Arab ialah تَبًّا لَكَ . Saya tanya dia, siapa yang ajar kamu maknanya ini?

Dia jawab, “filem-filem asing (yang saya lihat di TV) selalu menterjemahkannya تَبًّا لَكَ (tabban lak – maknanya Celaka kamu!)

Di akhir perbualan, saya dapat buat kesimpulan bahawa dia tidak tahu maknanya yang sebenar, begitu juga kawan-kawannya yang lain. Berlegar di fikiran saya, siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Adakah channel yang menyiarkan filem ini yang tidak mengawasi kandungannya ATAU penterjemah filem yang menterjemah perkataan ini kepada makna lain untuk mengelakkan makna sebenarnya yang begitu menjijikkan?

Saya dapati perkataan ini banyak diucapkan di rumah-rumah dan di jalan-jalan beribu-ribu kali sebulan disebabkan oleh filem-filem asing yang diterjemah berlainan dengan yang sebenarnya kerana perkataan itu sangat memalukan. Sepatutnya penterjemah memotong suara pelakon itu apabila dia menyebut perkataan kotor itu dan tidak meletakkan apa-apa terjemahan.

Semua kena faham bahawa perkataan f**k bermaksud زَنَى (berzina), dan ayat f**k you boleh memberi maksud اُمَارِسُ الجِنْسَ مَعَك (saya nak lakukan s**s denganmu).

Apa yang disebut oleh pemerhati ini BENAR 100% kerana saya sendiri ada menonton filem ajnabi (filem asing – english biasanya) yang ditayangkan di cenel-cenel satelit seperti rangkaian MBC menterjemahkannya begitu. Kadang-kadang diterjemah dengan اللَّعْنَة علَيْكَ (laknat ke atasmu). Cadangan beliau sangat bagus, potong sahaja suara pelakon yang menyebutnya dan jangan menterjemahkannya sama sekali.

 

 

 

 

Last Updated ( Saturday, 18 June 2016 23:32 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss