You are here: Home

Semua Nama Negara adalah Perempuan Kecuali 7

E-mail Print PDF

7negaramuzakkarNama semua negara dunia adalah perempuan kecuali: Iraq, Lubnan, Morocco, Sudan, Somalia, Jordan dan Yaman.

Kita sebut:

1. هذه مصر
2. هذه الجزائر
3. هذا لبنان
4. هذا العراق
5. هذه فلسطين

Mengapa?

Sesetengah nama negara yang dimuzakkarkan kerana ia dinamakan berdasarkan nama entiti atau makna atau kata nama muzakkar (lelaki).

flag-lebanonLubnan: nama sebuah bukit (جبل) di Syam. Perkataan جبل jabal adalah muzakkar. Jadi, Lubnan adalah muzakkar.

flag-iraqIraq: Iraq bermakna pantai air, sebahagian daripada mereka mengkhusukan kepada tepi pantai laut, dan orang-orang Hijaz memanggil apa-apa yang dekat dengan laut sebagai Iraq. Kalimah شاطئ adalah muzakkar.

flag-sudanSudan: Sudan dalam bahasa Swahili bermaksud “keamanan”, الأمان adalah kalimah muzakkar. Dikatakan juga ia dinamakan demikian kerana ia (Sudan) dipenuhi oleh orang-orang kulit hitam.

flag-moroccoMorocco/Al-Maghrib: Nama Maghribi (Al-Maghrib) dinisbahkan kepada orang-orang Arab dahulu kala, yang tinggal di Semenanjung Arab, kerana mereka menyangka bahawa matahari terbit di negara mereka dan jatuh bumi Al-Maghrib (Morocco), dengan menganggap Al-Maghrib adalah bahagian paling hujung dunia Arab.

flag-yemenYaman: Dinamakan Yaman sempena nama Ayman bin Ya'rub bin Qahtan (أيمن بن يعرب بن قحطان). Adapun penduduk Yaman sendiri, mereka mengatakan bahawa ia berasal daripada perkataan "Al-Yumnu" iaitu kebaikan dan keberkatan.

flag-somaliaSomalia: Terdapat tujuh kebarangkalian untuk namanya, sama ada nama seorang raja, atau kawasan, atau perbuatan, dan semunya adalah kata nama muzakkar (lelaki).


flag-jordanJordan: Dinamakan dengan nama itu berdasarkan nama sebuah sungai, iaitu sungai Jordan (نهر الأردن).

 

 

Last Updated ( Sunday, 08 May 2016 06:16 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss