You are here: Home

Tingkatkan bahasa Arab anda dengan IPTV Arab (Android)

E-mail Print PDF

4 300Artikel saya sebelum ini Menonton TV Arab menerusi IPTV menerangkan bagaimana caranya untuk menonton TV Arab secara terus atau langsung daripada negara Arab dengan menggunakan satu device yang disambungkan ke set TV dan juga internet.

 

Artikel ini juga menerangkan cara untuk menonton TV Arab secara live dari sumbernya melalui internet, cuma artikel ini akan membincangkan cara mengaksesnya melalui platform Android. Androd digunakan oleh rakyat Malaysia sekarang. Saya amat mengambil berat mengenai hal ini kerana bagi saya menonton siaran televisyen Arab ini banyak membantu saya dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa Arab. Kini, semua orang mampu menonton saluran TV Arab tanpa memerlukan piring parabola satelit.

modeo - sila klik unteuk besarkanDi rumah, saya menggunakan satu android tv box yang boleh disambungkan ke tv dan juga internet. Android TV Box ini ada bermacam-macam jenisnya di pasaran, dan harganya juga berbeza bergantung kepada pemproses dan memori yang dibekalkan. Android TV Box saya berjenama Modeo (model ini sahaja yang saya dapat jumpa di Kota Kinabalu - Laman webnya: http://innosupply.com.my/). Harganya sekitar RM300-350 sebuah. Kotak TV Android ini sama lah seperti jawwal (handphone) kita yang menggunakan platform android. Cara pengendaliannya sama. Apa yang kita boleh buat di jawwal Android kita, juga boleh dibuat di kotak TV ini, seperti akses Youtube, install apps daripada Google  Play Store, ambil gambar dan lain-lain lagi. Bezanya cuma ia tidak mampu membuat panggilan keluar atau masuk kerana ia tidak slot untuk sim kad seperti jawwal.

Antara ciri-ciri set Android ini ialah:

  • Android 4.2 Quad Core TV Box with 1.8GHz CPU, 1GB RAM, DLNA and Full HD Media Playback. Introduce Android into your living room for unlimited multimedia access.
  • The Modeo Media Player is world's first Android 4.2 Quad Core TV Box and Chinavasion is proud to offer you this incredibly fast device. Plugging right into your TV, the Modeo Android Box will completely change the way you interact with your TV. Where before a TV was only made for watching TV, you'll now be able to surf the internet, play games, download apps, watch YouTube, send emails and even update your Facebook status.
  • Without having to leave the comfort of your sofa, you'll have thousands of apps available for download from the Google Play store, and even movies and music can be bought and downloaded straight onto the Modeo. To watch your own movies, just plug in your hard drive or USB stick and transfer them to the 8GB of built in memory. Supporting DLNA, transferring files can even be as easy as a few clicks if your phone also supports DNLA.
  • Android Tv Box gives a whole new meaning to the world powerful. Multitasking isn't the slightest problem for this box and a whole array of ports such as 4 USB ports, an HDMI , a LAN port, Optical Port , a micro SD card slot and capable of 1080p video playback. And to top it all off, a dedicated Android App can be installed on your phone which will allow you to use it as a wireless air mouse and remote control.

Bagi memudahkan anda yang ingin menonton TV menggunakan platform Android, adalah dicadangkan supaya membeli set TV  yang sudah sedia memakai sistem Android. TV ini sudah banyak dijual sekarang di pasaran dan harganya juga adalah berpatutan. Jadi, anda tidak lagi memerlukan TV Box seperti di atas. 

Apa yang perlu anda lakukan selepas menyediakan semua hardware ini?

Anda memerlukan dua software atau apps bagi persekitaran Android untuk membolehkan anda menonton TV Arab. Di Google Play Store, cari dan install dua app ini:

1- IPTV

iptv

2- MX Player

mxplayer

Kedua-dua apps ini adalah percuma.

Selepas meninstall kedua-duanya, buka app IPTV. Cari Playlist field dan masukkan URL berikut: [ http://www.abqarie.com/iptv/astro+arab.m3u ].

add

 

 Namakan Playlist anda, sebagai contohnya "TV Arab"

add3

URL itu adalah lokasi playlist yang saya sediakan bagi link-link TV Arab yang available secara percuma di internet. Kemungkinan akan ada link yang tidak boleh dimasuki pada masa-masa tertentu kerana satu-satu laman web itu tidak dapat diakses kerana sebab-sebab tertentu. Jadi, kalau satu-satu channel TV tidak dapat diakses itu adalah perkara normal, kerana semua siaran ini adalah percuma. 

Selepas memasukkan URL playlist, klik OK dan keluar. Anda akan memperoleh paparan seperti di bawah. Paparan di bawah adalah berdasarkan screenshot daripada jawwal Samsung. Jadi, jika anda belum mempunyai TV Android atau Android TV Box, anda boleh menikmati TV Arab ini melalui jawwal Android anda. Caranya adalah sama seperti langkah-langkah di atas. 

1 

2

 3

4

Antara cenel-cenel menarik ialah Jeem TV. Saluran ini adalah yang terbaik daripada saluran-saluran yang ada kerana ia menggunakan bahasa Fusha 100%. Walaupun ianya dikhususkan untuk kanak-kanak (kanak-kanak Arab), namun ia amat sesuai untuk para pendidik bahasa Arab Malaysia. Cenel ini banyak membantu kita memperoleh kosa kata dan uslub bahasa Arab moden yang menggunakan tatabahasa Arab yang betul.

Cenel-cenel lain yang bleh membantu bahasa Arab Fusha kita ialah cenel berita seperti Al-Jazeera, BBC News Arabic, Al-Hadath, France24 Arabic, DW Arabic, RT Arabic dan lain-lain. Cenel-cenel dokumentari dan agama juga banyak membantu seperti Al-Jazeera Al-Wathaiqiyyah, Nour Dubai, Sharjah TV dan lain-lain. Saya juga menyarankan anda menonton cenel filem asing yang menyediakan subtitle Arab iaitu seperti MBC2, MBC4, MBC Bollywood dan lain-lain. Tidak ada saya jumpa (setakat ini) cenel filem Arab yang bercakap Arab Fusha 100%. Untuk menonton filem pendek asing atau kartun dan animasi, cenel Jeem TV adalah yang terbaik kerana banyak cerita bersiri asing dialihsuarakan dalam bahasa Arab Fusha. Wallahi mudzhilah jiddan..!! 

 

Last Updated ( Saturday, 12 March 2016 00:29 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss