You are here: Home

UKM d Hatiku..

E-mail Print PDF

UKM logoEntah tiba-tiba hatiku terasa amat sayu ketika menyiapkan urusan terakhir di Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam. Dalam dua minggu terakhir aku berada di sana, macam-macam pengalaman dilalui. Minggu pertama kuhabiskan masa lima hari di sana, tapi urusan tak sempat diselesaikan. Aku balik ke Kota Kinabalu. Beberapa hari selepas itu, kuterbang lagi ke sana. Kali ini kuperuntukkan 2 hari cuti (Khamis & Jumaat). 

Tiba-tiba muncul perasaan halus berbaur kesedihan dan kesayuan untuk meninggalkan UKM. Ia bukanlah perasaan yang dibuat-buat, tetapi lahir dengan sendirinya...agaknya mungkin perasaan ini dilalui oleh semua pelajar setelah habis belajar dan bakal meninggalkan universiti tempatnya belajar. Mungkin. Pernah dulu, semasa hari-hari terakhirku di Mesir, aku sangat sayang untuk tinggalkan negara bumi Anbiya itu. Pada waktu itu, hatiku berkata, entah bilakah lagi aku akan sampai ke bumi bertuah ini!!. Bumi yang mempunyai ramai ulama, yakni ulama Al-Azhar, sebuah universiti Islam tersohor dunia. Hatiku meronta-ronta tak mahu pulang waktu itu. Kalau boleh mahu belajar lagi di sana. Namun apakan daya, aku harus pulang ke tanahair. Filght Egypt Air dari Kaherah  ke Jeddah (transit untuk buat umrah seminggu)  dijadualkan jam 3 petang. Paginya aku seorang diri sempat ke Jamek (Masjid) Al-Azhar, ziarah buat kali terakhir..lama aku di situ.. solat tahiyyatul masjid dan beriktikaf... air mata mula bergenang di kelopak..dan akhirnya jatuh ke bumi...sunguh sayu, sungguh tidak sanggup aku meninggalkannya. Hampir setiap Jumaat aku bersembahyang di situ. Tarawih Ramadhan pun di situ meskipun ia terletak agak jauh dari tempat tinggalku di El-Hayyu Asyir, Nasr City. Akhirnya aku redha dengan ketentuan Ilahi.. aku harus pulang. InshaAllah aku akan mendatangimu lagi pada waktu akan datang. InshaAllah. "Men elle biyishrab mayyata Niil yege taani", begitulah kata-kata orang Mesir dalam bahasa ibuda mereka yang bermaksud, siapa-siapa yang pernah minum air sungai Nil, pasti dia akan datang kembali.

 

Aku amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya aku dapat menyiapkan pembetulan tesis Masterku selepas ujian lisannya pada 17 Julai 2012. Syukur tak terkira... kerana pernah sesekali aku macam sudah putus asa untuk menyiapkan tesisku, namun berkat dorongan orang-orang di sampingku terutama isteriku,  aku kuatkan hatiku dan aku gagahkan juga semangatku sehingga akhirnya aku mampu melakukannya, al-hamdulillah.

 

Sesungguhnya aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas jasa-jasa para pensyarah UKM yang telah banyak membimbing diri ini sehingga mampu ke step yang Allahyarham Prof. Dr. Idris Abdullahterakhir. Ucapan terima kasih kepada penyelia/mushrifku, Allahyarham Prof. Dr. Idris Abdullah (asal Terengganu) yang telah memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyiapkan tesis Sarjanaku. Meskipun masa bersamanya tidak lama, kerana jarak yang jauh antara kami dan jarang jumpa (PJJ=pelajar jarang jumpa), namun jasanya sebagai pembimbing tetap tidak akan dilupakan. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, semoga ilmunya kepadaku menjadi bonus yang sentiasa mengalir di dalam kubur... inilah kehebatan dan kemuliaan seorang pendidik dalam Islam, setiap ilmu yang bermanfaat yang dicurahkan, pasti pahalanya akan mengalir berterusan walaupun tuannya sudah tiada lagi di dunia ini. Sabda Nabi S.A.W.:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعوا له

Maksudnya: "Apabila mati seseorang anak Adam (manusia), maka terputuslah amalnnya melainkan dengan tiga perkara; sedekah jariah,  atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang selalu mendoakankanya (dengan kebahagiaan).


Dr. Maheram AhmadTerima kasih yang tidak terhingga juga kepada Dr. Maheram Ahmad (asal Kelantan), Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam yang bertindak 'take over'  tugas penyeliaan daripada Allahyarham Prof. Dr. Idris Abdullah yang meninggal sebelum sempat menyaksikan ujian lisan (viva/munaqashah) Masterku. Dr. Maheram Ahmad seorang yang komited dan teliti dalam kerjanya. Aku banyak belajar daripadanya terutama dalam menyediakan satu abstrak penyelidikan yang baik. Sebenarnya, semasa sesi munaqashah, banyak perkara yang aku pelajari, terutama input-input yang diberikan oleh pemeriksa luar dan dalam. Point penting yang aku dapat ialah setiap kenyataan yang kita buat mesti ada sandaran 'kurungan'. Apa maksud sandaran 'kurungan'? Ini adalah istilah yang aku reka sendiri setelah mengetahui serba sedikit mengenai research. Kurungan yang kumaksudkan adalah rujukan. Bagi menguatkan hujah kita atau apa yang kita dapat, seelok-eloknya hendaklah ada sandaran daripada kajian-kajian lepas. Biasanya rujukan ini ditulis dalam kurungan.

Contohnya begini:

"Di Hentian Kajang, terdapat hotel baru yang bernama Marvelot Hotel (Mazuki Izani 2012)" atau 
"Mazuki Izani (2012) melaporkan bahawa di Hentian Kajang, terdapat hotel baru yang bernama Marvelot Hotel".

Ini adalah contoh rujukan. 2012 bermaksud tahun terbitan satu-satu artikel dalam jurnal, akhbar dan sebagainya. Manakala nama 'Mazuki Izani' itu adalah orang yang membuat kajian. Makin banyak 'kurungan' atau rujukan ini, maka makin 'cantik'lah artikel itu. Ia akan lebih diyakini oleh pembaca dan juga pemeriksa. Untuk dapatkan rujukan, mestilah kena banyak membaca. Dan itulah sebenarnya research, re=ulang, search=cari. Selalu ulang mencari dan mencari sehingga kita boleh terbitkan sesuatu yang baru untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Secara jujur saya katakan bahawa munaqashah/viva/ujian lisan hari itu (17 Julai 2012) memberi makna yang besar kepada saya. Banyak ilmu yang saya dapat. Komen-komen yang diberikan bukanlah untuk mematahkan atau menjatuhkan, tetapi sebenarnya untuk menambahbaikkan tesis saya. Terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh (pensyarah UNISZA)Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh (pensyarah UNISZA) yang merupakan Pemeriksa Luar (ممتحن خارجي) di atas komen dan nasihat ke atas tulisanku. Antara teguran yang paling aku ingati ialah setiap kenyataan yang aku tulis, beliau persoalkan dengan tanda soal Rujukan??. Daripada sini, aku belajar sesuatu. Setiap fakta atau kenyataan yang dibuat, mesti ada 'kurungan' atau sandaran dalil. Aku memang betul-betul belajar di sini. Aku percaya bahawa beliau telah membaca semua apa yang aku tulis memandangkan banyak  typing error yang 'berjaya' diconteng merah di tesisku. Beliau juga banyak memberikan nasihat berguna semasa sesi munaqashah tempohari. Selain itu, aku rasa macam sedang ambil ujian bahasa Malaysia SPM; sebab kalau nak buat ayat, MESTI kena teliti, kena betul tatabahasanya, ejaannya dan sebagainya. Ketika menulis artikel ini juga, apabila 'terkesan' membuat salah, aku akan terus betulkan. Berkesan sungguh pembelajaran ini. Terima kasih juga kepada Prof. Dr. Tengku Ghani Tengku Jusoh, Prof. Dr. Tengku Ghani Tengku Jusohpensyarah senior di Jabatan Arab dan Tamadun Islam UKM yang telah memeriksa (sebagai Pemeriksa Dalam - ممتحن داخلي) tesisku. Permintaan beliau supaya aku memasukkan rujukan tambahan daripada tesis Janudin Sardi (PhD UM) dan Noorhayati Hashim (PhD UM) juga tidak membebankanku, malah memberi ilmu tambahan kepadaku demi memperelokkan tesisku. Ini kerana, daripada tesis mereka, aku telah memperoleh rujukan baru tentang satu-satu tajuk. Semasa bertemu beliau semalam, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepadaku dan menyarankan kepadaku supaya menyambung pengajian PhD di luar negara. Beliau memang maksudkannya dengan kata-katanya itu, kerana dia seorang yang 'sentiasa serius' pada pandanganku kerana jarang sekali melemparkan senyuman, tetapi hatinya baik dan beliau suka membantu. Namun, aku tidak tahu apa mahu dijawab melainkan dengan senyuman dan ungkapan InshaAllah..aku tidak pasti sama ada aku mampu ke sana atau pun tidak. Kalau tidak ada biasiswa, manakan aku mampu menanggungnya sendiri seperti pengajian Masterku ini. Sekalipun dapat biasiswa, aku tidak pasti adakah aku sendiri berdaya menghadapinya terutama di negara bukan Arab. Walau bagaimanapun, projek untuk PhD sudah lama ada dalam kepalaku ini. Permasalahan Kajian sudah ada, Rangka sudah ada, Kepentingan Kajian sudah ada, etc, cuma yang belum ada ialah kemahiran aku dalam menulis PHP script dan mengintegrasikannya dengan MySQL Database. Ini kerana, projekku ini masih berkaitan komputer/internet dan bahasa Arab. Cuma bezanya, dalam projek ini aku berazam akan hasilkan satu produk baru yang boleh mengatasi permasalahan kajian yang memang wujud di kalangan pelajar. Aku berharap dan aku berdoa agar impian ini akan menjadi kenyataan..semoga Allah permudahkan bagiku ilmu PHP programming dan ilmu pengawalan pangkalan data.

 

dr.zamriTerima kasih juga diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Zamri Arifin (asal Kelantan), yang telah menerima proposal tesis Masterku selepas membentangkanya dulu, pada tahun 2008. Pada masa itu, beliau adalah Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Jika proposal ini tidak diterima, mungkin aku tak mampu untuk fikirkan tajuk lain yang sesuai dan yang membangkitkan minatku untuk mengkaji dan menulis. Aku pernah baca tulisan-tulisan beliau dalam jurnal, "penuh dengan kurungan". I respect him very much. From there, i learnt more...mesti kena cari banyak 'kurungan'.

Terima kasih off course kepada staf-staf di pejabat Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Fakulti Pengajian Islam (FPI) yang banyak memudahcara kerjaku ketika berurusan dengan mereka. Mereka sangat helpful.

Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dengan sebaik-baik balasan جزاهم الله خير الجزاء . Kutahu, tidak semua doaku Tuhan makbulkan, namun kusedar bahawa ada di antara doa-doaku yang telah lalu pernah dimakbulkanNya. Kuharap doaku kali ini turut dimakbulkan olehNya, inshaAllah wa aamiin.

Terima kasih kepada isteriku terchenta, Arwani Ab Halim yang selalu memberi dorongan dan sokongan kepadaku supaya menyiapkan pengajian Master secepat mungkin, agar dapat pula menyambung ke peringkat PhD. 

Terima kasih juga kepada Pn. Geeta Samanathan, pensyarah kanan bahasa Inggeris di UiTM Sabah yang sudi membetulkan kesalahan nahu bahasa Inggeris pada abstrak tesisku. Sebenarnya abstrak tu kuterjemahkan sendiri menggunakan Google Translator. Kemudian aku perbetulkan dengan menggunakan ilmuku yang sedikit tentang BI. Lepas tu, barulah kurujuk dengan Puan Geeta. Thank you.

Terima kasih kepada pakcik bas mini dari Hentian Kajang ke UKM dan sebaliknya. Bas ini banyak berjasa kepadaku. Ketika menaiki bas ini, terasa diriku memang betul-betul seorang pelajar. Teringat zaman muda-muda ketika mengejar bas untuk ke kuliah di kotaraya Kaherah, Mesir. Sungguh manis sekali kenangan itu dan mungkin tidak berulang lagi. Alangkah best kalau dapat ke sana semula..

Terima kasih kepada Komuter KTM; kenderaan awam utama yang kugunakan untuk berulang alik dari KL ke UKM dan sebaliknya. Selain murah, ia amat berbaloi kerana KTM menyediakan tren baru dengan enam gerabak yang panjang. Ia lebih selesa, ada TV, indikator hentian elektronik dan lain-lain. Kalau naik, confirm akan dapat tempat duduk. Kecuali kalau sesekali tu 'terdatang' komuter lama 3 gerabak, alamatnya terpaksa berdirilah sepanjang perjalanan 30 minit antara KL Sentral dan UKM.

Komuter baru KTM 6 gerabak

Terima kasih kepada Hotel Marvelot di Hentian Kajang. Aku adalah antara orang pertama menginap di sana, kerana pada waktu itu ia baru memulakan operasinya. Ada diskaun 50% sehingga akhir Oktober 2012. Ku tinggal di sana kira-kira 7 malam dalam dua sesi berbeza; iaitu pada akhir September dan awal Oktober. Ku pilih bilik paling murah iaitu yang berharga RM98. Selepas diskaun, harganya menjadi RM49 sahaja. Sangat-sangat berbaloi dengan kelengkapan serba baru (maklumlah hotel baru) ditambah lagi dengan staf yang baik, amanah dan banyak membantu. Yang lebih penting lagi ialah free WiFi Internet di bilik... laju giler..tak ada tv pun ok asalkan ada internet, bagi saya laa.

Hotel Marvelot, Hentian Kajang
Hotel Marvelot di Hentian Kajang
Hotel Marvelot, Hentian Kajang
Hotel Marvelot di Hentian Kajang
 

Terima kasih Hotel Kajang, Hotel Uptown Kajang; Hotel Kajang adalah hotel pertama saya duduki ketika mula-mula sampai ke Kajang dulu, 2007. Masa tu, aku belum kenal lanskap Kajang, hanya googling, terjumpa hotel ini. Maka, inilah hotel pertama yang aku sewa. Boleh dikatakan ta'ban jiddan, hotel lama, tapi murah, RM60 untuk satu malam. Setelah biasa di sana, aku berpindah ke Uptown Hotel. Yang ni lebih moden. Tidak jauh daripada komuter Kajang tetapi jauh daripada stesen bas mini. Hotel Kajang hanya beberapa langkah sahaja daripada stesen bas mini untuk ke UKM. Kedua-dua hotel ini terletak di bandar Kajang. Kemudian aku berpindah ke Motel Hentian di Hentian Kajang. Ia lebih dekat dengan UKM, iaitu kira-kira 4km dan 3km dari KTM Komuter UKM. Sewa motel ini adalah RM60 untuk satu malam. Untuk bilik RM60 ini, ruangnya agak sempit, cukup untuk bentangkan sejadah untuk menunaikan solat. Setelah sebuah hotel mula dibuka di Hentian ini, Hotel Marvelot aku mula menginginkan satu tempat yang lebih selesa yang sewanya lebih kurang sama dengan tempat-tempat yang pernah kuinap sebelum ini. 

Terima kasih juga kepada semua sahabat di UiTM Sabah seperti Ustaz Kamari Hj Taib, Ustaz Abdullah Khalid, Pn. Adriana Aziz dan lain-lain yang turut sama menyumbang dalam penyiapan tesisku...

Aku berharap agar dapat aku dapat menyambung pengajianku ke peringkat yang lebih tinggi supaya aku dapat memberi sumbangan yang lebih kepada masyarakat. InshaAllah.

 

Last Updated ( Monday, 10 February 2014 16:42 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss