You are here: Home

ACON Verb Conjugator

E-mail Print PDF

Saya ingin berkongsi ilmu dengan semua mengenai laman-laman web berguna untuk pembelajaran bahasa Arab di internet. Untuk kali kali pertama ini, saya ingin mengulas mengenai laman web ACON Verb Conjugator.

ACON adalah singkatan bagi Arabic Conjugator. Dalam bahasa Malaysia ia bolehlah diterjemahkan sebagai Pentasrif Bahasa Arab. Perisian ini dibina oleh Baykal Erol.

Laman web ACON ini boleh diakses melalui URL http://acon.baykal.be/ . Berdasarkan nama domain laman web ini yang berakhir dengan dot be (.be), penulis ini dipercayai berasal dari Belgium. (Ruj: http://www.iana.org/domains/root/db/be.html). Andaian ini dibuat kerana penulisnya tidak meletakkan sebarang biodata pengenalan dirinya di laman web tersebut.

Dalam pembinaan kaedah tatabahasa Arab perisian ini, beliau merujuk kepada beberapa sumber. Sumber utama ialah bahan-bahan kursus pensyarahnya, Prof. Dr. Van Mol. Sumber-sumber lain ialah Arabische Sprachlehre (Harder & Schimmel),  Bescherelle: Les verbes Arabes (Sam Ammar & Joseph Dichy), Arabic Verbs (Raymond P. Scheindlin) dan A Grammar of Classical Arabic (Wolfdietrich Fischer).
 

Laman web ini dilihat agak ringkas dan sederhana dengan hanya sebuah jadual (table) di sebelah kiri halaman. Walau bagaimanapun, ia berkuasa memberikan hasil yang diperlukan pengguna apabila pengguna menetapkan perkataan tertentu melalui pemilihan 3 kata dasar yang disediakan. Pengguna boleh tetapkan apa jua perkataan yang diingini, kemudian memilih jenis tasrif  yang disediakan dalam 10 jenis atau bentuk. Ia diwakili oleh perkataan “Type” dalam jadual tersebut. Bentuk tersebut dilambangkkan dengan angka bilangan huruf Roman I, II, III, IV, V, VI, VII, VII, IX dan X. Berikut adalah makna bagi perlambangan tersebut:

 

I

فَعَلَ

II

فَعَّلَ

III

فَاعَلَ

IV

أَفْعَلَ

V

تَفَعَّلَ

VI

تَفَاعَلَ

VII

اِنْفَعَلَ

VIII

اِفْتَعَلَ

IX

اِفْعَلَّ

X

اِسْتَفْعَلَ

Apabila pengguna masukkan satu perkataan (terdiri daripada tiga huruf), pengguna dikehendaki memilih salah satu “type” (jenis) daripada 10 jenis yang disediakan. Apabila butang “Conjugate” ditekan, perisian tersebut akan memaparkan hasil berdasarkan input yang dimasukkan oleh pengguna. Hasil tersebut akan dipaparkan dalam bentuk maadhi dan mudhari'e, bentuk aktif (بناء المعلوم) dan pasif (بناء المجهول) serta lain-lain. Maklumat-maklumat lain boleh didapati dalam manual yang disediakan oleh penulisnya.


Walau bagaimanapun, kelemahan utama sistem ini ialah pembangunnya tidak melatakkan dengan jelas dhamir (kata ganti diri) bagi setiap perkataan. Ini boleh memberi kekeliruan dan sedikit kelambatan untuk dapat memadankan satu-satu perkataan tersebut dengan dhamir tertentu bagi yang biasa dengan tasrif. Ia lebih membingungkan bagi mereka yang tidak tahu langsung tentang tasrif. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, sistem ini hanya sesuai bagi mereka yang sudah ada asas bahasa Arab, dan sistem ini mampu membantu mereka mendapatkan tasrif yang betul dalam masa yang singkat tanpa merujuk buku dan kamus secara tradisional.


Antara kelemahan lain ialah tidak semua perkataan dapat ditasrifkan dengan betul contohnya perkataan قال، عاد  dan sebagainya. Ini memerlukan pemerhatian yang teliti sebelum menerima bulat-bulat apa yang dipaparkan. Kelemahan lain ialah pengguna mesti tahu baris satu-satu kata kerja fiil mudhari’. Sebagai contohnya, seorang pelayar inginkan tasrif perkataan طَبَخَ  lalu ia menggunakan web ini untuk mendapatkan keseluruhan tasrif fiil madhi dan fiil mudharie’nya. Apa yang berlaku ialah perisian ini akan memberikan يَطْبَخُ  bukan yang sepatutnya, iaitu يَطْبُخُ  . Jadi, pengguna perlu tentukan sendiri baris huruf ba’ bagi perkataan tersebut. Caranya ialah dengan memilih “u” pada pilihan imperfect. Imperfect di sini bermaksud tidak sempurna iaitu perbuatan yang belum sempurna, iaitu fiil mudharie’. Huruf vokal “u” di situ bermaksud baris hadapan. (Lihat rajah berikut)


Rajah: Input Console


Walau bagaimanapun, ianya adalah satu usaha yang sangat baik bagi keperluan pembelajaran masa kini, namun perlu diperbaiki kelemahan yang terdapat padanya.

Last Updated ( Tuesday, 03 May 2011 13:19 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss