You are here: Home

Pingat Gangsa: Kamus Abqarie

E-mail Print PDF

الحمد لله, syukur kepada Allah S.W.T. kerana kamus rekaan saya ini, Kamus Abqarie  telah memenangi Anugerah Pingat Gangsa di Pertandingan Reka Cipta IID (Invention, Innovation & Design) 2011 peringkat UiTM Sabah di Karnival PJI, semalam, 23 Februari 2011.

Kamus ini saya reka khusus untuk memenuhi keperluan pelajar saya. Idea ini muncul apabila saya melihat banyak sekali kesalahan tatabahasa yang dilakukakan pelajar semasa membina ayat untuk membuat sketsa/drama yang merupakan salah satu tuntutan penilaian yang membawa markah 20%.


Kesalahan yang saya maksudkan ialah tentang penggunaan kata kerja bahasa Arab. Sebagaimana yang semua maklum, kata kerja bahasa Arab adalah berbeza dengan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu daripada segi penggunaanya. Kalau bahasa Inggeris, kita boleh sebut "I drink", "you drink" "we drink" , tetapi dalam bahasa Arab perkataan 'minum'nya ada perubahan mengikut perubahan kata ganti diri yang digunakan.  Kalau "I drink", bahasa Arabnya "ana ashrab", "you drink" Arabnya "anta tashrab" (L) atau "anti tashrabiin" (P), "we drink" Arabnya "nahnu nashrab". Jadi, kita boleh lihat sendiri perubahan yang berlaku pada kata kerjanya, berbeza dengan perkataan "drink", ia maintain tidak berubah.
 

Lihat contoh jadual di bawah:


I drink = ana ashrab (أنا أَشْرَب)
you drink = anta tashrab (أَنْتَ تَشْرَب)
you drink = anti tashrabiin أَنْتِ تَشْرَبِيْنَ)
we drink = nahnu nashrab (نَحْنُ نَشْرَب)
*ana=saya, anta=awak (L), anti=awak (P), nahnu=kami.
*Ini adalah sebahagian daripada kata ganti diri bahasa Arab. Sebenarnya bahasa Arab ada 14 kata ganti diri.

Perkara ini sering menjadi masalah kepada para pelajar, bukan sahaja pelajar yang tidak ada asas bahasa Arab, tetapi juga yang datang dari sekolah agama atau pernah belajar bahasa Arab di sekolah rendah. Masalah ini memberikan saya idea untuk mencari penyelesaiannya. Apa yang saya boleh bantu ialah dengan menghasilkan kamus yang memberi fokus yang lebih mendalam dalam penterjemahan kata kerja. 

Jika seorang pelajar inginkan perkataan 'minum' dalam bahasa Arab, ia akan merujuk kamus samada online atau offline. Kamus-kamus ini akan memberikan terjemahan perkatan 'minum' tadi sebagai 'shariba' (شَرِبَ). (Anda boleh rujuk kepada mana-mana kamus yang available). Jika pelajar itu ingin membuat ayat 'saya minum' sebagai contohnya dengan menggunakan perkataan tadi, ia akan membinanya sebagai "ana shariba". Dan ini adalah SALAH. Ini kerana "shariba" itu bermaksud "dia (L) telah minum". Perkataan "shariba" itu perlu diproses terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Operasi memproses inilah yang seringkali menimbulkan kesulitan kepada para pelajar. Ini kerana, untuk memprosesnya kita perlukan alat. Alat  untuk memproses perkataan ini ialah jadual formula samada past tense ataupun present tense.  Formula ini cukup sukar untuk pelajar mengingatinya. Bahkan, bukan sahaja pelajar, guru bahasa Arab juga kadang-kadang terkial-kial mencari kata sepadanan dengan ganti diri yang hendak digunakan. Tapi itu bukanlah alasan untuk menjawab 'tidak mampu' mempelajarinya, kerana keadaan membuktikan ramai yang boleh menguasai bahasa dunia dan bahasa Al-Quran ini. Ini merupakan antara cabaran utama untuk menguasai bahasa ini. Sesiapa yang suka menempuh cabaran, dia akan berusaha dan dia akan peroleh apa yang dia usahakan. Pepatah Arab menyebut "Man jadda, wajada; wa man zara'a, hasoda" (من جد وجد ومن زرع حصد), maksudnya, sesiapa yang berusaha, dia pasti akan perolehi (hasil dari apa yang ia usahakan), dan sesiapa yang bercucuk tanam, pasti akan dapat menuainya. 

 
Masalah ini saya cuba atasinya dengan mewujudkan kamus Abqarie ini. Dengan menggunakan kamus ini, apabila user 'meminta' satu perkataan kata kerja, kamus ini akan menterjemahkan kesemua pengunaannya untuk 12 kata ganti diri bagi setiap past tense dan present tense. Jadi, pelajar dan pengguna lainnya tidak perlu pening-pening kepala mengingati formula past tense dan present tense bahasa Arab. Pengguna/pelajar terus boleh 'petik' perkataan itu mengikut kata ganti diri yang hendak digunakan.  
 

Saya menjangkakan kamus ini boleh menyelesaikan masalah kata kerja yang sering dihadapi pengguna. Tinggal lagi kesungguhan dan keinginan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Walaupun kamus ini boleh menyelesaikan masalah tidak ingat formula, tidak semestinya pelajar mengabaikan kepentingannya.
 
Saya pernah terbaca bahawa orang yang belajar bahasa Arab dan cuba untuk bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul, orang ini dikira orang yang hebat kerana otaknya sentiasa berputar ligat untuk mencari dan meletakkan 'verb' yang sesuai mengikut gender dan juga berdasarkan pronoun apabila hendak menuturkan satu-satu perkataan.  Berbahagialah orang-orang yang mempelajari bahasa ini.
 
Saya mengharapkan pendedahan kesemua tasrif (perubahan bentuk mengikut formula) kata kerja ini boleh memberi lebih kefahaman kepada pelajar dan juga semua pengguna kamus ini.
Walau bagaimanapun, Projek/kajian permulaan ini hanya membabitkan kata kerja yang terdapat dalam silibus bahasa Arab UiTM, iaitu BAB101/110BAB151/120BAB401BAB451 dan BAB501. Entri-entri lain akan diupdate dari masa ke semasa. 

Berikut adalah maklumat Kamus Abqarie di booth 25, Pameran IID UiTM Sabah pada 23 Februari 2011.

Pengenalan
Abqarie (?????) adalah perkataan Arab yang bermaksud genius, pintar, bijaksana. Kelainannya berbanding kamus-kamus lain
merupakan aspek kepintaran yang tidak dapat disangkal meskipun belum mencapai tahap maksimumnya. Walaupun jumlah entri buat
permulaan ini belum menjangkau belasan atau puluhan ribu, namun ia sangat membantu para pengguna, terutamanya dalam
membuat pilihan kata kerja yang betul.
Pengenalan
Abqarie (عبقري) adalah perkataan Arab yang bermaksud genius, pintar, bijaksana. Kelainannya berbanding kamus-kamus lain merupakan aspek kepintaran yang tidak dapat disangkal meskipun belum mencapai tahap maksimumnya. Walaupun jumlah entri buat permulaan ini belum menjangkau belasan atau puluhan ribu, namun ia sangat membantu para pengguna, terutamanya dalam  membuat pilihan kata kerja yang betul.
 

Peserta IID 2011 UiTM Sabah

Pernyataan Masalah
Para pelajar sering menjadikan kamus online sebagai sumber rujukan untuk menyiapkan tugasan mereka. Rujukan utama mereka ialah laman web Google Translator. Namun begitu, terjemahan untuk kata kerja masih tidak tepat. Ini kerana ia tidak meraikan kata ganti diri. Kamus Abqarie dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Apabila pengguna meminta perkataan "minum" sebagai contohnya,  kamus ini akan memberikan perkataan "minum" dalam bahasa Arab lengkap dengan 14 kata ganti diri bagi masa lampau (past tense) dan 14 kata ganti diri bagi masa sekarang (present tense). Jadi, pengguna hanya perlu memilih kata kerja yang bersesuaian. Ini kerana, setiap kata kerja berkait langsung dengan kata ganti diri, tidak seperti bahasa Melayu atau Inggeris. Projek/kajian permulaan ini hanya membabitkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam silibus bahasa Arab UiTM, iaitu BAB101/110, BAB151/120, BAB401, BAB451 dan BAB501. Entri-entri lain akan ditambah secara sedikit demi sedikit bagi menjadikannya sebuah kamus yang lengkap.
 
IID 2011 UiTM Sabah

Objektif
  • menyediakan kamus Melayu-Arab-Inggeris atas talian sebagai rujukan kepada semua pengguna internet secara percuma.
Kelebihan/Kelainan
  • Kamus ini memfokuskan penterjemahan kata kerja yang betul mengikut kata ganti diri yang digunakan selain penterjemahan kata nama, kata sifat dan lain-lain. 
Faedah kepada Masyarakat
  • Memberi kemudahan kepada pelayar, terutamanya pelajar UiTM mendapat terjemahan bahasa Arab yang tepat
  • Memimpin pengguna dalam memilih kata kerja bahasa Arab yang betul dalam membina ayat.
  • Memberi maklumat tambahan dalam bahasa Inggeris
  • Boleh diakses di mana sahaja
  • Percuma


Anugerah Pingat Gangsa

Kamus ini boleh diakses daripada www.kamus.abqarie.com


Berikut adalah cara-cara pengunaannya:

1) Contoh di sini adalah pencarian kata kerja "makan". Taip perkataan "makan" di kotak 'Search', kemudian klik butang "Go".
 
2) Kamus akan berikan maklumat carian anda berdasarkan perkataan "makan" tadi. Pilih/klik perkataan "makan".


3) Seterusnya anda akan diberikan dengan jadual kata kerja "makan" yang disusun berdasarkan Past Tense & Present Tense, kemudian berdasarkan kata ganti diri/kata ganti nama. 


4) Di sini anda boleh pilih perkataan mana yang sesuai untuk anda membina ayat. Saya amat berharap para pelayar dan pelajar dapat memperoleh manfaat daripada pendedahan tasrif ini. 

5) Selamat Mencuba. Segala komen dan cadangan amat dialu-alukan.
Last Updated ( Sunday, 01 May 2011 22:28 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss