You are here: Home

Projek Pelajar (Video) Nov 2010

E-mail Print PDF

Bertemu kembali. Agak lama saya tidak update web ini kerana kesibukan dengan peperiksaan.  Al-hamdulillah, sesi Julai/Nov 2010 akan berakhir tidak lama lagi. Dan, tidak lama lagi juga pelajar-pelajar akan bercuti panjang. Bahkan, para pengajarnya juga.  Saya pula dijangka akan menghabiskan cuti akhir tahun ini di masqoth ra'si (مسقط راسي) di Terengganu. 

 

Berbalik kepada tajuk di atas, secara keseluruhannya para pelajar berjaya menghasilkan projek video masing-masing, meskipun ada beberapa kumpulan yang tidak menghantarnya. Pakej video dan report ini mendatangkan markah 30%. Jika pelajar malas untuk menghasilkan video ini, maka, ia sudah kehilangan 30% secara percuma. Maka tiada lagi harapan untuk peroleh pangkat A kerana pangkat A memerlukan markah 80-90. 90 ke atas dikira A+. Bagi pelajar yang mendapat OGA yang lemah, kemudian tidak menyiapkan projek ini, maka kemungkinan untuk gagal adalah sangat besar. Kebanyakan yang gagal ialah mereka yang mengabaikan bahagian ini. 

Sebenarnya projek video ini boleh memberikan markah yang tinggi kepada pelajar jika mereka bijak. Membikin video ini adalah lebih kurang sama penerbit dan pengarah drama menghasilkan drama atau filem mereka. Jika tidak menjadi, atau mutu lakonan tidak memuaskan, boleh diulang kembali sehingga pengarah berpuas hati dengan hasilnya. Mereka biasanya melakukan shooting ini berhari-hari atau berbulan-bulan mengkiut panjang pendek satu-catu cerita berkenaan. Jadi, jika para pelajar mengambil pengajaran daripada kerja-kerja mereka ini, saya rasa mutu drama yang dihasilkan juga pasti akan berada di tahap yang terbaik. 

Bagi saya, drama pelajar untuk semester ini berada di tahap sederhana. Oleh itu, tidak ada video klip yang dapat saya highlightkan di sini untuk tatapan umum seperti semester yang lepas. 

Daripada segi editing, ada yang muzik latarnya lebih nyaring daripada perbualan watak utama. Ini meneggelamkan suara utama, menyukarkan saya untuk faham apa yang diucapkan. Apabila saya tak dapat 'tangkap' apa yang disebut (kerana bunyi muzik yang lebih dominan), maka pemarkahan sukar untuk dibuat. Ia diburukkan lagi dengan kualiti video yang rendah mutunya pada saat dunia sekarang berbangga dengan 'HD Quality atau Blue Ray Disc Quality'nya. Sebagaimana dalam artikel saya sebelum ini, aspek kualiti video juga diambil kira.

Meletakkan muzik latar tidak salah, malah digalakkan agar cerita menjadi lebih menarik, tetapi biarlah terkawal. Apabila ada perbuala/percakapan, suara muzilk latar hendaklah diperlahankan sedikit (buat macam deejay video apabila mereka bercakap, muzik diperlahankan). Satu lagi, untuk menambahbaikkan muzik latar, seeloknya masuk dengan fade-in dan keluar dengan fade out. Janganlah bila video start, dengan tiba2 muzik juga start dengan nyaringnya. Seelok2nya, ia bermula dengan perlahan kemudian pelan-pelan nyaraing (fade-in), begitu juga bila nak berakhir, ia berakhir atau keluar dengan perlahan-lahan. Barulah ia sebuah presembahan yang menarik.
Tapi, yang paling utama dibuat perkiraan ialah 'suara' atau percakapan daripada pelajar. Kita ingin lihat kemampuan pelajar bercakap bahasa ketiga ini tanpa perlu merujuk kepada teks. Video-video kali ini juga masih ramai pelajar yang mencuri pandang kepada kertas. Kita boleh perasan dengan susunan ayatnya seperti ayat buku, dan juga arah matanya.
Macamana kita mahu memberikan markah jika pelajar tidak mengeluarkan suara, hanya sekadar gimik perbuatan? Ini ada juga berlaku pada semester ini. Pelajar langsung tidak berdialog, padahal saya sudah beritahu dalam kelas perkara ini MESTI! Sekurang-kurangnya 10 ayat seorang. Di web ini pun saya sudah peringatkan sekali lagi. Tidak susah pun! Banyak dialog2 yang telah dipelajari dalam kelas. Ambil sahaja dialog tersebut, modify dan combine kan supaya membentuk satu jalan cerita yang menarik.
dalam hal ini, saya lihat kumpulan Zakwan dan rakan-rakannya dari DBS4 berjaya mengadaptasi dialog2 dari silibus BAB151 dan mengapplykannya dalam bentuk lakonan dalam persembahan mereka. Tahniah diucapkan. Mungkin kumpulan anda adalah yang terbaik di antara yang lain.
Masih ramai yang tidak tahu setkan setting nombor Arab. Kebanyakan nombor matrik, handphone dan lain-lain tidak dalam tulisan Arab. Mungkin ramai yang belum tahu caranya bagaimana untuk menukar nombor biasa ke nombor Arab. Sebenarnya saya sudah sediakan tutorial mengenainya di sini.
Kebanyakan pelajar kod BAb101 tidak menggunakan teks... bagus
Meletakkan muzik latar tidak salah, malah digalakkan agar cerita menjadi lebih menarik, tetapi biarlah terkawal. Apabila ada perbualan/percakapan, suara muzilk latar hendaklah diperlahankan sedikit (buat macam deejay video apabila mereka bercakap, muzik diperlahankan). Satu lagi, untuk menambahbaikkan muzik latar, seelok-eloknyanya masuk dengan fade-in dan keluar dengan fade-out. Janganlah bila video start, dengan tiba2 muzik juga start dengan nyaringnya. Seelok-eloknya, ia bermula dengan perlahan kemudian nyaring (fade-in), begitu juga bila nak berakhir, ia berakhir atau keluar dengan perlahan-lahan. Barulah ia sebuah persembahan yang menarik.

Tapi, yang paling utama dibuat perkiraan ialah 'suara' atau percakapan daripada pelajar. Kita ingin lihat kemampuan pelajar bercakap bahasa ketiga ini tanpa perlu merujuk kepada teks. Video-video kali ini juga masih ramai pelajar yang mencuri pandang kepada kertas. Kita boleh perasan dengan susunan ayatnya yang panjang seperti ayat buku, dan juga arah matanya. 

Macamana kita mahu memberikan markah jika pelajar tidak mengeluarkan suara, hanya sekadar gimik perbuatan? Ini ada juga berlaku pada semester ini. Pelajar langsung tidak berdialog, padahal saya sudah beritahu dalam kelas perkara ini MESTI! Sekurang-kurangnya 10 ayat seorang mesti keluar daripada mulut. Di web site ini pun saya sudah peringatkan sekali lagi. Tidak susah pun! Banyak dialog-dialog yang telah dipelajari dalam kelas. Ambil sahaja dialog tersebut, modify dan combinekan supaya membentuk satu jalan cerita yang menarik. 

Dalam hal ini, saya lihat kumpulan Zakwan dan rakan-rakannya dari DBS4 berjaya mengadaptasi dialog-dialog dari silibus BAB151 dan mengapplykannya dalam bentuk lakonan dalam persembahan mereka. Tahniah diucapkan. Mungkin kumpulan anda adalah yang terbaik di antara yang lain.

Last Updated ( Friday, 06 May 2011 14:20 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss