You are here: Home

Template Laporan Drama Arab

E-mail Print PDF

Selain membuat produksi video, pelajar juga dikehendaki menyediakan laporan (report/taqrir) persembahan mereka. Antara perkara yang WAJIB ada dalam laporan tersebut ialah biodata ahli kumpulan berserta foto dan juga skrip drama seperti yang telah dipersembahkan dalam rakaman video. Dalam kesempatan ini saya ada sediakan template untuk para pelajar saya sebagai panduan.

Ini adalah design cadangan sahaja. Jika pelajar mempunyai kreativiti atau design lain yang lebih menarik, tafaddhal, ubahlah template ini mengikut kesesuaian anda. Saya tidak mahu 'membunuh' kreativiti anda dengan memaksa para pelajar hanya menggunakan design ini sahaja. Saya suka lihat design yang cantik-cantik dan kreatif. Gunakan kreativiti anda sepenuhnya dalam menghasilkan satu persembahan yang menarik. Cuma, kandungan utama yang diperlukan itu mestilah dipastikan ada.

Setiap kumpulan diwajibkan hantar SATU laporan sahaja. Laporan yang sudah disiapkan hendaklah dihantar menggunakan borang yang disediakan DI SINI.

Berikut adalah screen capture of the template:

Para pelajar bebas menggunakan mana-mana jenis font yang disukai, tidak tertakluk kepada font yang terdapat dalam contoh template di atas. Font Arabic boleh dimuat-turun di Download Arabic Font Pack (61MB - for registered user ONLY. Please register for FREE).

Tukarkan kod BAB120 itu kepada kod bahasa Arab yang anda ambil sekarang sama ada BAB101, BAB110, BAB151, BAB451 atau BAB501.

الدبلوم في إدارة السياحة bermaksud Diploma Pengurusan Pelancongan (DPP). Kalau DBS, الدبلوم في دراسة الأعمال. , DIB adalah الدبلوم في البنكية, BASc adalah البكالوريوس في العلوم الإدارية, BBA pula ialah البكالوريوس في إدارة الأعمال.

أعضاء الفريق bermaksud "Anggota Kumpulan/Pasukan"

Jika anda tidak faham makna perkataan-perkatan di atas, sila bertanya kepada Google Translator.

Para pelajar boleh menambah sendiri maklumat lain yang dirasakan perlu dimasukkan.

Jika tiada maklumat berkaitan seperti alamat blog/laman web, letakkan tanda dash " - "

نص الحوار bermaksud "Teks Perbualan". Di bawah adalah contoh untuk menaip teks perbualan. Font di bawah adalah Traditional Arabic. Sila gunakan font ini (Traditional Arabic) untuk menulis teks tersebut. Saiz yang dicadangkan ialah 20.

Panduan Lain:

1) Setiap pelajar hendaklah bercakap minimum 10 ayat lengkap tanpa melihat/merujuk teks di kertas, di dinding, di payung, di pokok, di air, di tangan, di suratkhabar, di skrin komputer dan sebagainya.

2) Tiada had masa ditetapkan.

3) Pemarkahan berdasarkan kepetahan/kelancaran bercakap, gaya badan, isi cerita, persembahan dan juga tatabahasa Arab. Pemarkahan adalah berdasarkan kebolehan individu.

4) Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 3 hingga 5 orang sahaja. Dalam satu-satu kumpulan, boleh terdiri daripada lelaki dan perempuan.

====================================
Download Template Laporan Drama Bahasa Arab
====================================

*Anda juga boleh muat-turun perisian mengedit video Cyberlink Power Director di sini.

=========================================== ==========
Download Arabic Font Pack (61MB - for registered user ONLY-
Please register for FREE)

======================================================

*Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan mesej anda di bawah. TQ

Last Updated ( Tuesday, 17 June 2014 17:48 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss