You are here: Home

Perisian Penyuntingan Video

E-mail Print PDF

Projek pelajar bahasa Arab yang mesti disiapkan oleh pelajar ialah pembikinan video drama Arab dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada 3-5 orang setiap kumpulan. Mereka dikehendaki berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa Arab serta merekodkannya dalam bentuk video, seterusnya edit dan 'bakar'/salin ke CD/DVD. Video berkenaan perlu dihantar pada minggu ke-14. 

Dengan penetapan assigmment pelajar supaya menghasilkan video drama Arab, ia secara tidak langsung dapat mengembangkan kemahiran pelajar dalam membuat persembahan video, selain kemampuan berbahasa Arab. Di samping itu juga, pelajar-pelajar akan mampu menulis tulisan Arab menggunakan komputer.

Ramai yang bertanya perisian apakah yang sesuai untuk mengedit video dan di manakah boleh didapatinya. Bagi anda yang menggunakan notebook atau netbook, saya cadangkan supaya menggunakan software yang lebih ringan seperti Windows Movie Maker yang dibangunkan oleh Microsoft Corp. Jika anda menggnunakan Desktop PC atau laptop yang dibekalkan dengan processor dan RAM yang mencukupi,, mungkin boleh mencuba Cyberlink Power Director 10. Klik link tersebut untuk download.

 

*Pelajar-pelajar atau sesiapa sahaja menghadapi masalah download atau jika ada sebarang pertanyaan lain, sila tinggalkan komen anda di bawah.

Last Updated ( Saturday, 06 August 2016 13:03 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss