You are here: Home

Video Drama Arab Pelajar

E-mail Print PDF
Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk menulis di sini. Maklumlah sekarang sibuk dengan menanda kertas-kertas ujian pelajar.
Bagi yang bukan warga UiTM, FYI, bahasa ketiga di UiTM (termasuklah bahasa Arab) tidak mempunyai peperiksaan akhir.
Semuanya 'disudahkan' di dalam kelas. Antara projek yang pelajar perlu buat ialah rakaman video drama Arab yang dilakonkan secara
kumpulan.
Saya telah melihat kesemua video yang dilakonkan dan dihantar oleh pelajar. Ternyata ramai yang kreatif dalam membikin produksi
video..Pelajar-pelajar kita mampu hasilkan sebuah video cd yang menarik. Kalau digarap dan diasuh, mungkin mampu menjadi
pengarah filem.hehehe. Walau bagaimanapun, aspek pertuturan saya lihat masih banyak yang kurang memuaskan. Ramai yang buat
rakaman dengan sekadar mengeluarkan semula apa yang dihafal dengan sedikit sahaja aksi lakonan. Kalau dalam AF (Akademi Fantasia),
ianya tak ada penghayatan, tak ada 'feel'. Daripada segi percakapan, masih ada yang 'meminta bantuan' teks sama ada dipegang di
tangan, digantung di didinding, membaca di skrin laptop dan sebagainya. taktik2 sebegini amat mudah dikesan.. Walau bagaimanapun,
saya tidak menafikan ada yang bagus dalam lakonan dan persembahan.
Menonton hasil tangan pelajar dalam melakukan editing video kadang-kadang boleh memberikan kita ilmu. Saya sudah biasa dalam
melakukan video editing. Biasanya saya pakai software biasa sahaja iaitu Pinnacle Studio, daripada version 8, 9, 10, 11, 12 dan sekarang
Ultimate. Kekadang tu pakai juga Adobe Premier.. tapi tidak sepenuhnya. Saya gunakan Premier untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja.
Mereka yang benar-benar mahukan kepuasan, sudah pasti akan menggunakan Adobe Premier kerana ia satu perisian yang powerful
untuk menghasilkan sebuah penerbitan video. Untuk keseluruhan editing, saya pakai Pinnacle. Ia lebih mudah dan ringkas.
Kebanyakan pelajar, saya berkeyakinan mereka menggunakan Windows Movie Maker. Jadi, tidak sukar bagi saya untuk menilai hasil
tangan pelajar. Ada yang memproduksi video dengan mengabaikan aspek suara (audio utama kurang jelas), ada yang membbuat
rakaman dengan hanya menggunakan kamera jawwal (handphone) yang rendah kualitinya sahaja, ada yang tidak buat editing langsung
terhadap rakaman (cukup dengan hanya menghantar raw material), ada yang membuat editing tetapi kurang sempurna kerana tidak
menseimbangkan video dengan latar belakang muzik, yang mana apabila satu-satu video sketsa sudah tamat dan sudah keluar barisan
'kredit' di akhirnya, tetapi background music tetap masih berbunyi dengan latar belakang video yang hitam sehingga lagu itu tamat.
Ada juga yang background music dimatikan mengejut setelah sketsa video tamat.  sudah tentu ia kurang sedap didengar, sepatutnya
muzik itu 'keluar' secara dissolve atau fade out, barulah sempurna. Kesemuanya ini mempengaruhi pemberian markah selain yang
utamanya iaitu percakapan bahasa Arab tanpa teks. Para pelajar hendaklah jadikan pengalaman memproduksi video ini sebagai sesuatu
yang berharga dan perlu dipertingkatkan kerana mungkin pada masa hadapan ia amat berguna bagi anda, terutama apabila berada di
alam pekerjaan. Simpan dan bawa CD hasil bikinan anda itu ketika menghadiri temuduga yang berkaitan, mungkin ia boleh
membantu.
Ada satu lagu arab yang saya tidak tahu kewujudannya, iaitu lagu Celion Dion daripada filem Titanic yang telah dinyanyikan semula
dalam bahasa Arab oleh Vivian....
Sungguh merdu sekali. Terima kasih kepada Fakhrie dan ahli kumpulannya daripada Diploma Pengurusan Pelancongan 1.
Sekurang2nya saya dapat satu ilmu tentang kewujudan lagu ini.
antara kumpulan yang best semester ini ialah kumpulan Munira, Agqeeda........... Best saya maksudkan di sini mereka mampu
melakonkan watak yang dipegang setiap orang, bukan hanya sekadar menyebut apa yang dihafal daripada teks. Mereka betul-betul
berlakon. Mereka turut mengundang pelakon pembantu (yang bertindak sebagai pencuri) dan ditambah lagi dengan sound effect yang
sesuai dengan situasi, seperti situasi tegang, situasi cemas, situsai ceria, situasi negatif dan sebagainya. Turut .. flash back ke masa lalu
dengan menggunakan teknik hitam putih video.  Saya pernah dan biasa gunakan teknik ini ketika menghasilkan video cd untuk anak
pertama saya dahulu. (sekarang dah 3 anak ..hehehe.. anak pertama jer yang excited, masuk yg ke-2 & ke-3... biasa aja :) huhuhu).
Cuma yang perlu dipertingkatkan ialah kualiti bunyi/suara yang kadang-kadang tenggelam oleh suasana sekitar. Biasanya, kalau suasana
begini, produksi filem akan menggunakan microfon kecil (wireless) yang disematkan di badan pelakon dan suara pelakon akan terus
direkod masuk ke dalam kamera. Itu profesional. Kita membicarakan level pelajar. Bagi kita, ia sudah memadai. Terdapat juga
beberapa kesalahan kecil tatabahasa. Walau bagaimanapun, TAHNIAH saya ucapkan. Anda mampu melakukannya. Saya
menontonnya seperti menonton sebuah drama pendek. Anda semua boleh berlakon dalam filem Arab..hehehe. Short film anda
diangkat sebagai yang terbaik bagi semester ini.
Movie kedua yang mencuit hati saya ialah yang dihasilkan oleh pelajar peringkat ijazah yang mengambil bahasa Arab 3 (BAB501).
Mereka yang saya maksudkan ialah kumpulan Mohd Ashraf Marzuki, Dk. Ros dan Siti Maisarah.  Mereka hasilkan satu filem
berbentuk penyampaian berita dalam bahasa Arab yang mana Ashraf bertindak sebagai penyampai berita di bilik studio, manakala dua
yang lain adalah wartawan di lokasi. Kombinasi hubungan pembaca berita dan wartawan di lokasi sangat bagus...membuatkan kita yang
melihat seperti betul-betul melihat berita TV dalam bahasa Arab. Dk. Ros begitu menjiwai apa yang disebutnya, ia mengetahui apa
yang disebutnya. Cerita yang disampaikan adalah tepat dengan lokasi yang ia berada. Cuma, biasanya wartawan lokasi biasanya tak
pakai payung..hehehe.. nampak janggal sedikit bila pakai payung. Tapi tidak mengapa, ia mungkin menggambarkan betapa panasnya
kawasan itu ..:)
Wartawan lokasi Siti Maisarah tidak menunjukkan apa yang disebutnya iaitu tentang traffic jam. Ini kerana suasana di situ cukup
lenggang dengan kereta yang berparkir, bukannya berlaku kesesakan jalanraya. Cuma, satu insiden kecil yang berlaku itu mungkin
boleh diambil kira. Siti Maisarah perlu memperbetulkan beberapa sebutan perkataannya yang dilihat kurang tepat.
Gaya dan enyampai berita di studio yang simple dan selamba itu cukup meyakinkan. Tiada kekok. Ia bercakap dengan yakin. Walau
bagaimanapun, saya tidak nampak matanya. Eye contact dengan penonton kurang memuaskan. Hal ini juga sukar bagi saya untuk
menilai apa yang diucapkannya... walau bagaimanapun, persembahan ini adalah 2nd best selepas BAB151 dari kumpulan Istiqamah.
TAHNIAH juga saya ucapkan.
Saya amat mengharapkan pelajar-pelajar yang merasakan diri mereka masih lemah dalam BA ini terutama dalam penulisan (kerana
daripada penulisan boleh memberikan kemampuan untuk mengungkap perkataan dalam BA) agar dapat menggunakan waktu cuti
semester tidak lama lagi dengan membuat ulangkaji dan latihan intensif terhadap mana-mana part yang dirasakan masih lemah. Kita
harus menggunakan sepenuhnya masa yang ada dengan membaca dan mengkaji jika kita mahu menjadi manusia yang berjaya.
Percayalah cakap saya, dahulu guru-guru saya juga bercakap macam ini dan saya buat kisah tak kisah sahaja, dan sekarang saya amat
merasakan sekali akan kebenarannya. Jangan disia-siakan waktu yang ada. Isila ia dengan sesuatu yang berfaedah.

Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk menulis di sini. Maklumlah sekarang sibuk dengan menanda kertas-kertas ujian pelajar. Bagi yang bukan warga UiTM, untuk pengetahuan anda, bahasa ketiga di UiTM (termasuklah bahasa Arab) tidak mempunyai peperiksaan akhir. Semuanya 'disudahkan' di dalam kelas.

Antara projek yang pelajar perlu buat ialah rakaman video drama Arab yang dilakonkan secara kumpulan. Saya telah melihat kesemua video yang dilakonkan dan dihantar oleh pelajar. Ternyata ramai yang kreatif dalam membikin produksi video....pelajar-pelajar kita mampu hasilkan sebuah video cd yang menarik. Kalau digarap dan diasuh, mungkin mampu menjadi pengarah filem...hehehe. Walau bagaimanapun, aspek pertuturan saya lihat masih banyak yang kurang memuaskan. Ramai yang buat rakaman dengan sekadar mengeluarkan semula apa yang dihafal dengan sedikit sahaja aksi lakonan. Kalau dalam AF (Akademi Fantasia), ianya tak ada penghayatan, tak ada 'feel'. Daripada segi percakapan, masih ada yang 'meminta bantuan' teks sama ada dipegang di tangan, digantung di dinding, membaca di skrin laptop dan sebagainya. Taktik-taktik sebegini amat mudah dikesan.. walau bagaimanapun, saya tidak menafikan ada yang bagus dalam lakonan dan persembahan. 

Menonton hasil tangan pelajar dalam melakukan editing video kadang-kadang boleh memberikan kita ilmu. Saya sudah biasa dalam melakukan video editing. Biasanya saya gunakan software biasa sahaja iaitu Pinnacle Studio, daripada version 8, 9, 10, 11, 12 dan sekarang Ultimate. Kekadang tu pakai juga Adobe Premier.. tapi tidak sepenuhnya. Saya gunakan Premier untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja. Mereka yang benar-benar mahukan kepuasan, sudah pasti akan menggunakan Adobe Premier sepenuhnya kerana ia satu perisian yang powerful untuk menghasilkan sebuah penerbitan video canggih. Untuk keseluruhan editing, saya hanya pakai Pinnacle. Ia lebih mudah dan ringkas. Kebanyakan pelajar, saya berkeyakinan mereka menggunakan Windows Movie Maker yang available dalam PC masing-masing.
 

Jadi, tidak sukar bagi saya untuk menilai hasil tangan pelajar. Ada yang memproduksi video dengan mengabaikan aspek suara (audio utama kurang jelas), ada yang membuat rakaman dengan hanya menggunakan kamera jawwal (handphone) yang rendah kualitinya, ada yang tidak buat editing langsung terhadap rakaman (cukup dengan hanya menghantar raw material), ada yang membuat editing tetapi kurang sempurna kerana tidak menseimbangkan video dengan latar belakang muzik, yang mana apabila satu-satu video sketsa sudah tamat dan sudah keluar barisan 'kredit' di akhirnya, tetapi background music tetap masih berbunyi dengan latar belakang video yang hitam sehingga lagu itu tamat. Ada juga yang background music dimatikan mengejut setelah sketsa video tamat, sudah tentu ia kurang sedap didengar, sepatutnya muzik itu 'keluar' secara dissolve atau fade out, barulah sempurna. Kesemuanya ini mempengaruhi pemberian markah selain yang utamanya iaitu percakapan bahasa Arab tanpa teks. Para pelajar hendaklah jadikan pengalaman memproduksi video ini sebagai sesuatu yang berharga dan perlu dipertingkatkan kerana mungkin pada masa hadapan ia amat berguna bagi anda, terutama apabila berada di alam pekerjaan. Simpan dan bawa CD hasil bikinan anda itu ketika menghadiri temuduga yang berkaitan, mungkin ia berguna suatu hari nanti. 
 
Ada satu lagu arab yang saya tidak tahu akan kewujudannya, iaitu lagu Celion Dion daripada filem Titanic yang telah dinyanyikan semula dalam bahasa Arab oleh Vivian Bishara. Sungguh merdu sekali. Terima kasih kepada Mohd Fakhrie dan ahli kumpulannya daripada Diploma Pengurusan Pelancongan 1. Sekurang-kurangnya saya dapat satu ilmu tentang kewujudan lagu ini. (Download lagu ini - sila log in terlebih dahulu)
 
Antara persembahan kumpulan yang best pada semester ini ialah kumpulan Istiqamah yang terdiri daripada Munira Atiqah, Aqeeda Ezzati, Eka Pusmawati, Dk Nurul Atiqah dan Nurhamidah. Best saya maksudkan di sini ialah mereka mampu melakonkan watak yang dipegang setiap orang, bukan hanya sekadar menyebut apa yang dihafal daripada teks. Mereka betul-betul berlakon. Mereka turut mengundang pelakon pembantu (yang bertindak sebagai pencuri) dan ditambah lagi dengan sound effect yang sesuai dengan situasi, seperti situasi tegang, situasi cemas, situsai ceria, situasi negatif dan sebagainya. Turut dimasukkan ialah unsur flash back ke masa lalu dengan menggunakan teknik hitam putih video.  Saya pernah dan biasa gunakan teknik ini ketika menghasilkan video cd untuk anak pertama saya dahulu. (sekarang dah 3 anak ..hehehe.. anak pertama jer yang excited, masuk yg ke-2 & ke-3... biasa aja :) huhuhu). Cuma yang perlu dipertingkatkan ialah kualiti bunyi/suara yang kadang-kadang tenggelam oleh suasana sekitar. Biasanya, kalau suasana begini, produksi filem akan menggunakan microfon kecil (wireless) yang disematkan di badan pelakon dan suara pelakon akan terus direkod masuk ke dalam kamera. Itu profesional!!. Kita sekarang membicarakan level pelajar. Bagi kita, ia sudah memadai. Terdapat juga beberapa kesalahan kecil tatabahasa. Walau bagaimanapun, TAHNIAH saya ucapkan. Anda mampu melakukannya. Saya menontonnya seperti menonton sebuah drama pendek. Anda semua boleh berlakon dalam filem Arab....hehehe. Short film anda boleh diangkat sebagai yang terbaik bagi semester ini. Saya yakin, tidak sedikit masa yang dihabiskan untuk menyiapkan proses editing ini. Tahniah sekali lagi...Mabrook!! مبروك

Lihat movie mereka di sini  (sila log in terlebih dahulu) 

Movie kedua yang mencuit hati saya ialah yang dihasilkan oleh pelajar peringkat ijazah yang mengambil bahasa Arab 3 (BAB501). Mereka yang saya maksudkan ialah kumpulan Mohd Asyraf Mohd Marzuki, Dk. Roshaizianah dan Siti Maisarah.  Mereka hasilkan satu filem berbentuk penyampaian berita dalam bahasa Arab yang mana Asyraf bertindak sebagai penyampai berita di bilik studio, manakala dua yang lain adalah wartawan di lokasi. Kombinasi hubungan pembaca berita dan wartawan di lokasi sangat bagus...membuatkan kita seperti betul-betul melihat berita TV dalam bahasa Arab. Dk. Roshaizianah begitu menjiwai apa yang disebutnya, ia mengetahui apa yang disebutnya. Cerita yang disampaikan adalah tepat dengan lokasi yang ia berada. Cuma, wartawan lokasi biasanya tak pakai payung..hehehe.. nampak janggal sedikit bila pakai payung. Tapi tidak mengapa, ia mungkin menggambarkan betapa panasnya kawasan itu ..:)

Wartawan lokasi Siti Maisarah kurang menggambarkan apa yang disebutnya iaitu tentang traffic jam. Ini kerana suasana di situ cukup lenggang dengan kereta yang berparkir, bukannya berlaku kesesakan jalanraya. Cuma, satu insiden kecil yang berlaku itu mungkin boleh diambil kira. Siti Maisarah perlu memperbetulkan beberapa sebutan perkataannya yang dilihat kurang tepat. 

Gaya dan penyampai berita di studio yang simple dan selamba itu pula  cukup meyakinkan. Tiada kekok. Ia bercakap dengan yakin. Walau bagaimanapun, saya tidak nampak matanya. Eye contact dengan penonton kurang memuaskan. Hal ini juga sukar bagi saya untuk menilai apa yang diucapkannya... walau bagaimanapun, persembahan ini adalah 2nd best selepas BAB151 dari kumpulan Istiqamah. TAHNIAH juga saya ucapkan.

Lihat movie mereka di sini  (sila log in terlebih dahulu) 
 
Saya amat mengharapkan pelajar-pelajar yang merasakan diri mereka masih lemah dalam BA ini terutama dalam penulisan (kerana daripada penulisan boleh memberikan kemampuan untuk mengungkap perkataan dalam BA) agar dapat menggunakan waktu cuti semester tidak lama lagi dengan membuat ulangkaji dan latihan intensif terhadap mana-mana part yang dirasakan masih lemah. Kita harus menggunakan sepenuhnya masa yang ada dengan membaca dan mengkaji jika kita mahu menjadi manusia yang berjaya. Percayalah cakap saya, dahulu guru-guru saya juga bercakap macam ini dan saya buat kisah tak kisah sahaja, dan sekarang saya amat merasakan sekali akan kebenarannya. Jangan disia-siakan waktu yang ada. Isilah ia dengan sesuatu yang berfaedah.

Last Updated ( Tuesday, 03 May 2011 13:32 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss