You are here: Home

وفاة شيخ الأزهر الدكتور محمد سيد طنطاوي اليوم

E-mail Print PDF

Saya amat-amat terkejut di atas kewafatan Syeikh Al-Azhar, Dr. Mohamed Sayyed Tantawi hari ini. Saya berasa amat sedih sekali di atas pemergiannya. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan menempatkannya di tempat yang terbaik di sisiNya. الفاتحة.

Walaupun Allahyarham banyak kali menimbulkan kontroversi dalam pendapatnya tentang hukum sesuatu perkara baru dalam Islam seperti faedah bank dan sebagainya, namun apa yang saya kagum tentang beliau ialah cara penyampaian dan bahasa Arab yang dituturkan beliau sangat sedap didengar dan mudah difahami. Bicaranya amat sederhana, satu persatu, word by word, ringkas tapi padat dan menggunakan bahasa yang mudah. Ini boleh diteliti melalui ceramahnya dan juga khutbah Jumaat yang beliau sampaikan. 

Biasanya saya selalu menunggu-nunggu klip audio khutbahnya yang terbaru. Klip audio ini biasanya disiarkan oleh laman web Islam-Online.Net. 

Berikut adalah berita daripada Islam-Online versi Arab:

Jami'e Al-Azhar

وولد شيخ الأزهر في أكتوبر من عام 1928 بقرية سليم الشرقية في محافظة سوهاج بصعيد مصر، لكنه حفظ القرآن وتعلم في مدينة الإسكندرية.
وحصل طنطاوي على الدكتوراه في الحديث والتفسير عام 1966 بتقدير ممتاز، وعمل كمدرس في كلية أصول الدين، ثم انتدب للتدريس في ليبيا لمدة 4 سنوات، وفي المدينة المنورة كعميد لكلية الدراسات العليا بالجامعة الإسلامية، ثم عاد إلى القاهرة، وفي عام 1986 عين مفتيا للديار المصرية، ثم شيخا للأزهر في عام 1996.
ويرجح أن يخلف د.طنطاوي في منصب شيخ الأزهر إما د.علي جمعة مفتي مصر، أو د.أحمد الطيب رئيس جامعة الأزهر، لكنها تبقى في نطاق التكهنات بانتظار القرار الرسمي؛ حيث يتم تعيين شيخ الأزهر بقرار من الدولة.
القاهرة - وافت المنية صباح اليوم الأربعاء 10-3-2010 شيخ الأزهر الدكتور محمد سيد طنطاوي (82 عاما) خلال زيارة يقوم بها للسعودية.
وذكرت وكالة "أنباء الشرق الأوسط" الرسمية المصرية أن شيخ الأزهر سيدفن في البقيع بعد أن توفي إثر أزمة قلبية مفاجئة في العاصمة السعودية الرياض، التي سافر إليها مؤخرًا للمشاركة في حفل توزيع جوائز الملك فيصل العالمية، ولم يكن شيخ الأزهر يعاني من أي أعراض مرضية.
وولد شيخ الأزهر في أكتوبر من عام 1928 بقرية سليم الشرقية في محافظة سوهاج بصعيد مصر، لكنه حفظ القرآن وتعلم في مدينة الإسكندرية.
وحصل طنطاوي على الدكتوراه في الحديث والتفسير عام 1966 بتقدير ممتاز، وعمل كمدرس في كلية أصول الدين، ثم انتدب للتدريس في ليبيا لمدة 4 سنوات، وفي المدينة المنورة كعميد لكلية الدراسات العليا بالجامعة الإسلامية، ثم عاد إلى القاهرة، وفي عام 1986 عين مفتيا للديار المصرية، ثم شيخا للأزهر في عام 1996.
ويرجح أن يخلف د.طنطاوي في منصب شيخ الأزهر إما د.علي جمعة مفتي مصر، أو د.أحمد الطيب رئيس جامعة الأزهر، لكنها تبقى في نطاق التكهنات بانتظار القرار الرسمي؛ حيث يتم تعيين شيخ الأزهر بقرار من الدولة.

Terjemahan:

CairoSyeikh Al-Azhar, Dr. Mohamed Sayyed Tantawi (82 tahun) telah meninggal dunia hari ini, Rabu, 10-3-2010 semasa lawatannya ke Arab Saudi.

Agensi "Berita Timur Tengah" rasmi Mesir menyebut bahawa Syeikh Al-Azhar akan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi'e selepas meninggal disebabkan serangan jantung secara mengejut di ibukota Saudi, Riyadh. Allahyarham pergi ke Saudi baru-baru ini bagi menyertai majlis penyampaian hadiah Antarabangsa Al-Malik Faysal, tidak pernah Syeikh Al-Azhar mengidap mana-mana penyakit sebelum ini. 

Dr. Mohamed Sayed Tantawi, Syeikh Al-AzharSyeikh Al-Azhar dilahirkan pada bulan Oktober 1928 di kampung Saleem al-Sharqiyyah di daerah Sohag, Mesir, akan tetapi beliau menghafaz Quran dan belajar di bandar Iskandariah (Mesir). Beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang hadis dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat "momtaaz" (cemerlang). Beliau bekerja sebagai guru di Fakulti Usuluddin, kemudian dilantik sebagai pengajar di Libya selama 4 tahun, di Madinah Al-Munawwarah sebagai dekan Fakulti Dirasat Ulya (Postgraduate) di Universiti Islam Madinah, kemudian pulang ke Kaherah. Pada tahun 1986, beliau dilantik sebagai Mufti Kerajaan Mesir, kemudian dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar pada tahun 1996.          

Yang dijangka sebagai menggantikan Dr. Tantawi untuk jawatan Syeikh Al-Azhar ialah sama ada Dr. Ali Gomaah (Mufti Mesir sekarang) atau Dr. Ahmed At-Toyyib (Rektor Universiti Al-Azhar), akan tetapi ianya hanyalah andaian sementara menunggu ketetapan rasmi, yang mana kedudukan Syeikh Al-Azhar ditentukan oleh Kerajaan Mesir. 

Last Updated ( Tuesday, 03 May 2011 13:37 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss